Sabtu, 7 Februari 2015

CINTA SI GADIS DOBI




HARGA RM24/27SS


ARDINI SYAZA, gadis periang dan manja. Suka buat kesimpulan tanpa bertanya. Dunia hari-harinya hanyalah Armada dan Kedai Dobi Mesra. Hinggalah suatu hari, dia bertemu dengan seorang jejaka yang membuat hidupnya huru-hara. 
"Nama?" soal Dini.
"Ajad." "Huh? Abjad? Dalam banyak-banyak nama, Abjad nama kau." Dini ketawa terbahak-bahak. Tak selindung langsung.
"Ajad. A-J-A-D. Nasib aje kau ni cun tau," tempelak si pemilik kasut biru. Geram.
"Telefon?" Dini tahan sabar. "012-7771717. Keep in mind. Manalah tahu kau rindu kat aku." Si pemilik kasut biru kenyit mata.
AJAD SAFIY, baru pulang dari luar negara setelah bosan merantau. Auranya kuat. Suka mengusik dan mudah mesra tapi belum bersedia untuk terikat dengan mana-mana perempuan sehinggalah bertemu Ardini Syaza. 
“Ardini Syaza. She's our great accountant, Ajad,” beritahu Dato' Salleh.
“What?!” Ajad rasa macam nak terjun bangunan lima belas tingkat itu. Gadis dobi tu akauntan? Aduhhh… mana nak letak muka ni. Dahlah dia mengutuk Dini kaw-kaw. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal mulalah suka. Ardini tak mahu, tapi Ajad tetap nak juga. Tatkala Ardini dah boleh terima, Ajad pula tunjuk perangai dia. Bermulut manis dengan semua wanita buat Ardini curiga. Tapi, Ajad kata.. hati dia hanya untuk Ardini. Cuma Ardini yang suka buat kesimpulan sendiri. Jadinya, nak salahkan siapa?


DIA PELENGKAP HIDUPKU



HARGA RM25/28 SS
“I nak you rasa bagaimana sakitnya bila suami you dirampas orang lain.- Dayana
“Aku tak akan biarkan kau hidup senang!” - Zayn
Luthfi Irsyad dan Amanda Qistina. Hubungan mereka tidak mudah. Lebih payah bila orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka kembali menagih peluang kedua. Peluang yang hanya akan merosakkan rumahtangga mereka Tapi bagi Luthfi Irsyad, Dayana itu hanyalah sebuah kisah silam yang dia tak mahu ulangi lagi. Masa depannya ialah Amanda Qistina. Bagi Amanda juga, dia tak mungkin akan maafkan Zayn yang telah banyak menyiksanya. Bahagianya kini hanyalah bersama Luthfi Irsyad. Cumanya, kadang-kadang dia jadi hilang sabar dengan kerenah bekas isteri Luthfi. 
“I cuma nak you tahu, sabar I ada hadnya. I takut kalau I tak dapat tanggung semua ni lagi.” - Amanda
“I boleh kehilangan Dayana... But not you. I can't imagine the pain of losing you. I boleh lepaskan Dayana... But not you. Not you, Amanda!” – Luthfi


KERANA AKU ISTERI BIDAAN



HARGA RM27/30SS

Farel tergamam! Seketika

 dia terbuai namun dia segera matikan renungan. Dia tidak boleh kalah. Ya! Dia tidak boleh benarkan Raina menggodanya sehingga dia lupa misi asalnya.Apapun yang berlaku, imannya harus kental. Dia harus mengusir godaan Raina. Seketika kemudian, Farel senyum senget.
“You kena buat lebih dari tu kalau nak goda I,” ujar Farel seraya menolak tubuh Raina ke tepi. Dengan senyuman yang masih ada di bibir, dia melangkah selamba meninggalkan Raina yang sudah terkulat-kulat sendiri.
Buat lebih daripada tu? Hahhh... Bengang Raina. Dia tidak puas hati, strateginya tidak menjadi. Namun dia berjaya menyelamatkan sehelai. Raina berlari semula ke pintu biliknya dan mencampak sahaja baju di tangan. Hendak tahu apa yang bakal dibuat Farel kepada baju-bajunya, dia ekori lelaki itu sehingga ke belakang rumah. 
Raina hanya mampu memerhati apabila Farel hidupkan lampu belakang dan keluar lalu menuang pakaiannya ke dalam baldi aluminium yang diletakkan bersebelahan tempat longgokan sampah. Seketika kemudian, lelaki itu ambil satu botol putih dari stor bersebelahan dan menuang isinya ke atas longgokan pakaiannya tadi. Bila bau minyak petrol naik ke hidungnya...
Oh my... Gilanya dia... Ya Allah, baju aku... Berkerut-kerut muka Raina tidak percaya. Matanya membulat, rahang pipi sudah bergerak, mulut sudah terherot-herot, berharap Farel membatalkan niatnya itu.
Segera dia mendekat...
“Farel.... Farel... Tu baju tidur seksi I tu, tak kan you nak bakar pulak...” Lengan Farel dipegang. Mahu dekat ke longgokan baju-bajunya, Farel menghadang. Kenapa gila pulak Farel ni sampai baju tidur pun nak dibakar sekali?
Farel menoleh. 
“I suka baju tu... You mesti suka, kan? Mahal tu I beli,” pujuk Raina.
“Ya... I suka...” Farel ambil sehelai baju tidur Raina.
Raina lega. “Rel, tu lagi... Blaus warna putih tu... Tolong ambik sekali.” Nak minta semua, memang dia tak dapat, cukuplah dapat sehelai dua. 
Farel capai blaus putih yang dimaksudkan, kemudian dia tersenyum dan berpaling mendepani Raina.
“You nak ni?”
Raina angguk. Cuaknya dia melihat perangai gila Farel malam ini setelah dijamu mesra olehnya.
“Kirim salam!” Farel terus lempar semula ke longgokan tadi kecuali baju tidur Raina. Dan Farel terus mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya. 
Enggan melihat baju-bajunya musnah, Raina mendekat lagi lalu menyambar lighter dari tangan Farel.
“You ni dah gila ke! I takkan benarkan you buat macam tu,” kata Raina. Ini benar-benar satu penghinaan, bisiknya dalam hati.
Farel naikkan keningnya apabila menanggapi tingkah berani Raina. Tanpa kata dia hampiri Raina yang menjauh tadi. Sejurus berdiri di hadapan Raina, dia tenung lama wajah Raina sehingga membuatkan Raina resah. Pelik melihat lirikan mata Farel. Namun tiba-tiba sahaja lelaki itu menarik pinggangnya sehingga tubuh mereka bersatu.
Farel usap wajah Raina lembut, matanya merenung mata Raina yang redup. Renungan yang membuatkan Raina cair. Ah… Kenapa lain macam saja renungan Farel kepadanya sehingga membuai perasaan hawanya.
“I’m not backing down, darling.” Sepantas itu Farel merampas pemetik api dari tangan Raina dan membuatkan mata Raina membuntang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...