Selasa, 13 Mac 2012

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

LOVE YOU MR. ARROGANT

Love You Mr. Arrogant
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Isnin, 5 Mac 2012

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

RM17.00
Stok-penuh_copy
HARGA SEMENANJUNG: RM 17.00 AHLI KN:
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 20.00 AHLI KN:

Sinopsis:


Pungguk rindukan bulan. Tiga patah perkataan yang bagaikan belati tajam menusuk ke jantung hati Balkis Batrisyia, seorang gadis remaja yang dibelenggu oleh kisah silam orang tuanya hingga meragui status diri. Persoalan yang tidak terjawab di minda menyebabkan dirinya takut menerima cinta walau di hati pernah berbunga sayang. Firdaus dan Fikri. Dua jejaka yang muncul menagih cintanya, namun hampa. Bukan dia menolak, tetapi takdir hidup yang menentukan segala keputusan yang wujud. Sedikit sebanyak tragedi cinta yang menimpa membuat dirinya terasa tidak layak untuk melayari hidup sebagaimana gadis lain. Memiliki kekasih hati dan melayari indahnya alam percintaan.

Jika pun cinta itu hadir, pasti banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi. Mampukah dirinya? Dan sanggupkah sang kekasih? Persoalan itu tiada jawapan dari lubuk hatinya. Yang pasti dia akan kecewa. Itu sangka hatinya. Dalam melayani kecelaruan takdir hidupnya itu, muncul Syahrain Sulaiman. Jejaka ketiga yang berusia jauh lebih matang dari dirinya cuba mendekatinya. Sedaya upaya Balkis Batrisya cuba mengelak, namun hati terpaut juga akhirnya dek keikhlasan si jejaka. Hadirnya Syahrain Sulaiman dalam hidupnya bukan sekadar sebagai kekasih tetapi juga membawa sinar lain apabila dirinya disatukan semula dengan ibu bapa dan keluarganya.

Mendung yang selama ini menyelubungi hidupnya kini menghilang sebaik terbukti status sebenar dirinya yang diragui selama ini. Hidupnya bagaikan disimbahi sinaran mentari yang tiada akhirnya. Tetapi, langit yang disangkanya cerah hingga ke petang rupa-rupanya hanya seketika. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yang bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya yang baru dikenali, yang lebih dia sayangi kini. Relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lama? Tegarkan Balkis Batrisya melepaskan kekasih hati hanya kerana sayangnya dia kepada kakak yang baru dikenalinya itu?

CINTA IKAN BUNTAL SI KAMBING LIAR

Cinta-Si-Ikan-Buntal-Dan-Ka

Cinta Si Ikan Buntal Dan Si Kambing Liar

RM18.00
Stok-penuh_copy
HARGA SEMENANJUNG: RM 18.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 21.00

Sinopsis:

Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar.

Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masingmasing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain.

Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila.

Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila?

AKU YANG KAU CINTA

Aku Yang Kau Cinta
Muna Mahira

Harga: RM 22.00
Halaman: ~560


Sinopsis
ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya.... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!

CANTIK SEINDAH BULAN

Cantik Seindah Bulan
Nurmi Syakimi

Harga: RM 21.00
Halaman: ~528


Sinopsis
Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Demi ayah, ibu dan adik... dia terpaksa akur.

Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir jua. Dia kembali mencari cinta hati yang
ditinggalkan. Dia tidak menduga Ryan masih seperti dulu, teguh menanti bersama kasih seluas bumi. Namun, Ryan pula terpaksa pergi. Dia harus ke tanah Delhi menuruti keluarga tercinta.

Khalisya merelakan setelah Ryan melafazkan janji, membuatkan dia begitu ampuh menjadi perindu yang setia. Malangnya, dia dibiarkan menanti tanpa khabar berita sehinggalah Nazriel muncul mengikatnya
dengan tali pertunangan.

Namun, Rayyan Khuzairi hadir membawa watak Ryan dalam diri lelaki itu. Khalisya dibadai tsunami rindu yang bergulung-gulung. Dia masih cintakan Ryan. Dia hanya mahu bersama Ryan. TUHAN, tolonglah...

“Selagi laut memerintah ombak supaya jangan berhenti mendakap pantai... selagi itulah aku akan selalu mencintai dan merinduimu!”

BIAR KU SENTUH HATIMU

Biar Kusentuh Hatimu
Emy Raziela

Harga: RM 22.00
Halaman: ~560

Berat: 400 gram


Sinopsis
Bukannya aku tak cinta, bukannya aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah. Ketiadaanmu secara tiba-tiba telah membuatkan aku tidak kenal lagi makna percaya. Kau kata, kita akan harungi hidup ini bersama-sama. Tapi, kini… aku sendirian menongkah arus. Tak mengapalah, Alisa… mungkin antara kita sudah tiada jodoh. Anggap saja apa yang pernah kita lalui dahulu adalah sebuah cebisan memori untuk dijadikan kenangan abadi. Aku terpaksa pergi, Alisa. Aku perlu serahkan cinta ini kepada yang benar-benar sudi.

Amir… jangan pergi! Jangan sewenang-wenangnya kau beri cinta itu kepada orang lain. Aku juga merindui kamu, namun aku terperangkap dalam prasangka. Bukankah kau yang tinggalkan aku dulu? Aku kesepian dalam kerinduan, Mir. Salahkah jika kita bercinta? Cinta itu hadir tanpa sebarang paksaan. Jadi, kenapa mesti kita berpisah? Saban hari aku menanti kemunculanmu sehingga aku sudah tidak pandai lagi untuk menghitung hari.

Kalau api itu boleh menjilat sebatang kayu hingga menjadi abu, aku boleh buat lebih daripada itu. Larilah sejauh mana yang kau mahu, Amir Firdaus… aku akan tetap mengejarmu. Aku, Diana Adilla... tidak akan sesekali mengaku kalah. Aku akan mengikatmu menjadi milik mutlakku. Hanya kau dan aku!

CINTA AWEK DAN PAKWE


Cinta Awek Dan Pakwe
HASRUDI JAWAWI
RM 25.90
~720 hlm

PERCINTAAN di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania terputik di sebalik rasa egois masing-masing. Masakan Didi Dania ingin meluahkan? Itu seperti perigi mencari timba. Noah Zuhairi mahu kata ‘aku cinta padamu’ pada Didi Dania? Dia bukan ‘mat jiwang’. Dia Mat Rock! Bila Juliana dan Razy Radin mula masuk dalam episod cinta mereka, cinta Didi Dania untuk Noah Zuhairi semakin menjauh. Didi Dania merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk menerima dari terus mengharap pada sesuatu yang tiada. Apakah cinta di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania bisa bersatu? Hanya keikhlasan yang mampu menyatukan cinta mereka.

DI HUJUNG RANTING 2


Di Hujung Ranting 2
INDAH HAIRANI
RM 25.90
~704 hlm

Kerana luka dia meredah samudera bersama anak kecil dan datang ke sini. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke pulau ini, sepanjang malam dia menangis. Setiap kali Amar Hakimi menangis, dia akan ikut menangis. Kehadiran ke sini pun tidak diberitahu pada sesiapa pun termasuk pada Amar. Dia tahu Amar pasti kecewa dengan kepergiannya. Dia telah berjanji pada dirinya, dia tidak akan menerima lelaki dari keturunan Datin Fatimah. Manusia bergelar MAWARDAH ini tidak cukup mulia untuk menjadi anggota keluarga orang kaya itu. Andai waktu bisa diundur, dia tidak ingin berkenalan dengan Amar dan juga Hakim. Kesilapan yang tidak dilakukan, akhirnya Hakim melepaskannya. Fitnah ke atas dirinya sangat berat. Namun dia redha. Amar kembali melamar cintanya. Apakah dia menerima Amar? DI HUJUNG RANTING 2 memberi jawapan kepada persoalan itu.

PANGGIL AKU KIAH


PANGGIL AKU KIAH
Liza Nur
RM 18.90
~432 hlm

Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.




Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.




Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...