Khamis, 30 Mei 2013

PENGHANTARAN 30/5/2013


SENARAI PEMILIK YANG SUDAH DI POS 30/5/2013


POSLAJU

1.  SUBAHAH    -    EM 600 445 730 MY
2.  SITI NURAINI   -   EM 600 445 743 MY
3.  RASIDAH   -  EM 600 445 791 MY
4.  NOR AZURA    -  EM 600 445 575 MY
5.  NURUL ASYIKIN     -   EM 600 811 977 MY
6.  NORZAMRI    -    EM 600 445 788 MY

TERIMAKASIH KEPADA SEMUA BUYER YANG SUDI BERURUSAN DENGAN KAMI..

SAMPAI INFORM PADA ADMIN YEA.TQ

Rabu, 29 Mei 2013

PENGHANTARAN 28/5/2013



ASSALAMUALAIKUM............

MAAF SAYA TERLAMBAT BAGI TRACKING NO. UTK PARCEL YANG DI POS 28/5/2013.  SAYA TERLUPA + LETIH SEBAB PERJALANAN JAUH,KAMI SAMPAI RUMAH SUDAH LEWAT..BARU BALIK DARI MELAWAT BAPA SAUDARA YG KEMBALI KE WARAHMATULLAH SUBUH TADI...PARCEL KALI NI SAYA POS MASA OTW PERGI...

TRACKING NO PENGHANTARAN 28/5/2013

POS LAJU :  

1.  HALIMATUN  SAADIAH  -  EM 370 434 801 MY 

2.  SITI NOREHAN  -             EM 420 804 144 MY

3.  FAFARIZQI  -                  EM 420 804 161 MY

4.  NUR SAKINAH  -              EM 420 804 158 MY


POS REGISTER

5.  ROSMINAH  -                  RD 160 392 077 MY

6.  ROSMINAH  -                  RD 160 392 063 MY




PENGHANTARAN 29/5/2013

PENGHANTARAN 29/5/2013
NO. TRACKING :
POS LAJU :
1. DIANA BINTI MUSTAFA                 -  EM 420 804 113 MY
2. RASNAH BINTI LEN                        -  EM 420 804 095 MY
3. NUR RADDATUL JANNAH             -  EM 420 804 100 MY
4. ROHAYU BINTI JOKEMEN             -  EM 420 804 135 MY 
5. ROSWANI BINTI ABDUL MAJID    -  EM 317 390 731 MY
6. SH NOOR HANISAH                        -  EM 600 445 828 MY
7. SHAHZAR AHDANI OTHMAN        -  EM 420 804 127 MY
8. INTAN NORDIANA                          -  EM 317 390 728 MY
9. MUHAMMAD HANIF ASHRAF       -  EM 600 445 765 MY








Ahad, 26 Mei 2013

PENGHANTARAN 27/5/2013



ALHAMDULILLAH.............TUNGGU BAWA KE PEJABAT POS SEKEJAP LAGI.SAPA NAK JOIN POSTAGE HARI NI.PM SAYA LAJU2

TRACKING NUMBERS ( DATE : 27/5/13)
POS LAJU :
1. AGATHA EMUS              -   EM 420 804 201 MY
2. AGATHA EMUS              -   EM 420 804 192 MY
3. FAZYIEMA                      -   EM 420 804 277 MY
4. MURNI KASSIM             -   EM 600 445 831 MY
5. INTAN                              -   EM 420 804 250 MY
6. SYIRLEEN                        -   EM 420 804 215 MY
7. MARIATIE                        -   EM 420 804 232 MY
8. SITI ROHAYU                  -   EM 420 804 229 MY
9. NORZAMRI                      -   EM 420 804 285 MY
10. SITI NOR ADHILLAH    -   EM 600 445 814 MY
11. NORHAYATI                  -   EM 600 445 805 MY
12. NORAZURA                    -  EM 420 804 175 MY
13. NOORAINI                      -  EM 420 804 246 MY
14. NORBAHIRA                   -  EM 420 804 189 MY
15. THANIAH SULAIMAN   -  EM 420 804 294 MY
16. MAZLINA                        -  EM 600 003  900 MY
17. FARAH ALWANI            -  EM 420 804 303 MY
18. FADHILLAH HANUM    -  EM 420 804 263 MY      

Jumaat, 24 Mei 2013

KALAULAH AKU TAHU





HARGA RM21
SABAH/SARAWAK :  RM24

Sinopsis
Sebaik sedar daripada koma, kehidupan Keyra Adeela menjadi huru-hara. Ironinya dia terlupa tentang hubungannya dengan Hardy Mirzal. Keyra cukup terderanya kerana realitinya dia seorang isteri dan suaminya adalah lelaki itu.

Ingatannya hilang dalam ruang masa enam tahun sebelum itu. Betapa percaturan takdir cukup mengelirukan. Imran Hafiz, lelaki yang pernah diminati suatu ketika dulu muncul semula. Di hatinya mula berputik rasa sayang dan cinta.

Siapa yang sebenarnya bertakhta di hati Keyra? Segalanya kian rumit dan bercelaru. Mampukah memori yang hilang menyinari kembalimenyingkap rahsia antara dia dan Hardy?

AKU CANTIK?




HARGA RM22
SABAH/SARAWAK :  RM25

Sinopsis
Rima seorang gadis lurus yang tidak percaya cinta dan tidak sedar dirinya cantik. Sedangkan Juki dan Sulaiman dapat melihat apa yang tersembunyi, yang Rima tidak sedari. Terkunci hati Rima untuk mencintai dan dicintai. Baginya tiada istilah cinta dan mesti memerangi cinta.

Juki - “Bila aku dah habis belajar dan dah dapat kerja nanti, aku pinang engkau ya. Aku tak main-main. Sungguh-sungguh ni.”

Rima - “Kak ngah! Cuba terangkan pada Juki ni, kita dengan Juki saudara kan? Mana boleh nak pinang-pinang pulak! Lagi pun kalau adik nak kahwin nanti bukan dengan Juki!”

Sulaiman - “Rima... dengar sini... abang cintakan awak. Benar-benar cinta. Tak pernah abang ada perasaan macam ni pada mana-mana perempuan sebelum ini. I love you!”

Rima - “Maafkan saya... saya pergi dulu. Ada kelas.” Rima tidak tahan hati. Dia mesti cepat-cepat pergi. Jika lebih lama dia di situ akan goyah hatinya.

Ketika Sulaiman hadir untuk mengintai-intai ruang di hatinya, Rima mulai tertanya-tanya itukah cinta? Juki yang membesar bersama Rima tetap bersabar menanti jawapan sejak 9 tahun yang lalu. Dia terlalu memahami.

Rima keliru. Apa perlunya cinta jika harus mengorbankan perasaan? Mestikah dia meneruskan keinginan hati atau perlu berundur diri? Gugur air mata Rima ketika berada di dua persimpangan. Haruskah dia memilih satu di antara dua atau melepaskan kedua-duanya sekali? 

HERO AKU TOMBOY

HAT_2


SEMENANJUNG:- RM24.00
SABAH/SARAWAK :- RM27.00 

Sinopsis:-
Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.
Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka.
Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.
Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumahtangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?

“Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?”

DIA YANG KUCARI

DYKC_2


SEMENANJUNG:- RM23.00 
SABAH/SARAWAK :- RM26.00 

Sinopsis:-
Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania.
Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal.
Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya.
Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa.
Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.
Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya.
Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara. Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara.
Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya.

“Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati....”

PLAYBOY ITU SUAMI AKU

PISA2

SEMENANJUNG:- RM24.00 
SABAH/SARAWAK :- RM27.00 
Sinopsis:-
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorangplayboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

BIARKAN YM TERUS BERBICARA

BYMTB

SEMENANJUNG:- RM24.00 
SABAH/SARAWAK :- RM27.00 

Sinopsis:-
Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.
Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.
Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.
Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.

“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”

GADIS EDISI TERHAD

GET2

SEMENANJUNG:- RM26.00 
SABAH/SARAWAK :- RM29.00 

Sinopsis:-
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

I love you Fishy.”
I love you too Cheesy.”


31 MEI GERHANA MENTARI CINTA

GMC2

SEMENANJUNG:- RM28.00
SABAH/SARAWAK :- RM31.00 

Sinopsis:-
Puteri, namanya melambangkan seorang wanita yang hidupnya dilimpahi kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi, tidak. Pelbagai dugaan mendatang membuatkan dirinya hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.
Puteri yang menjadi ayam tambatan keluarganya untuk keluar dari kepompong kemiskinan telah hilang arah setelah kekasihnya yang berjanji akan melamarnya tidak kunjung tiba. Hilang lesap begitu sahaja. Dia dibuang keluarga dan tidak dapat meneruskan pengajiannya.
Namun, hidupnya mula disinari cahaya bahagia apabila ditawarkan menjadi pengasuh kepada anak-anak Hakimi. Sementelah, anak-anak Hakimi amat menyayanginya dan menerimanya sebagai mama mereka.
Tanpa diduga, Puteri dan Hakimi saling jatuh cinta di antara satu sama lain. Hakimi melamarnya, membuatkan Puteri semakin bahagia.
Namun, hidup Puteri sekali lagi diduga. Hakimi tidak menyentuhnya dan diam membisu setiap kali Puteri ingin berbincang perihal rumah tangga mereka. Puteri benar-benar keliru. Kekeliruan dan kehampaan ini telah merubah sikap Puteri. Hatinya telah dilukai buat kali kedua oleh kaum Adam. Dia menjadi seorang yang pendendam.
Rupa-rupanya Hakimi mempunyai agenda tersendiri mendirikan rumah tangga dengan Puteri. Malah, ada rahsia besar yang tersembunyi di rumah Hakimi.
Apakah rahsia besar itu? Puteri pula... apa kaitannya dengan agenda Hakimi dan rahsia besar yang tersembunyi itu?

“Malam pertama kita telah berakhir... dan itu telah mengakhiri semuanya.”


CHEESE

 
cheese2
SEMENANJUNG:- RM19.00 
SABAH/SARAWAK :- RM22.00 
Sinopsis:-
Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.
Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!
Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.
Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah.
Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram?
I love you.”
Hurm.”
Hurm aje?!”
Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawan-kawan sekepala!
“Ingat siapa?”
“Makwe lama. Cemburu tak?”
“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”

GILER KAU?

 
GK2
SEMENANJUNG:- RM38.00
SABAH/SARAWAK:- RM41.00 
Sinopsis:-

Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik.
Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih.
Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua.
Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka.
Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya.
Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka.
Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya menggilai Shahrul sejak dulu.
Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia. Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau?
“Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...