Khamis, 20 Februari 2014

DIA .... MR MODEL



HARGA  RM23/RM26SS

SINOPSIS

Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika. “Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa “A woman like you!” - Mika. Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look’ seperti Mika. \"Tell me. What\'s going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!\" - Mika Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya. \"And I think you prefer a hug!\" - Mika Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa? \"Suka dengan imej baru saya?\" Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk. \"Suka saya?\" Angguk lagi. \"Sudi jadi isteri saya?\" Masih lagi angguk. Namun tidak lama. \"Err... apa awak cakap Mika?\" “Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah.\"

YANG PERNAH TERLUKA



HARGA RM27/RM30SS

SINOPSIS

Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Kerana maruah dan harga diri, dia terpaksa menerima lelaki yang memang mahu menjahanamkan hidupnya. Dia rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Inilah padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam suatu ketika dulu. – Merlissa Umairah Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa’ gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus “Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus. “Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa. Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi. “Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa “Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli’ kembali kepercayaan Merlissa?

DOA CINTA SEORANG LELAKI



HARGA RM26/29 SS

SINOPSIS

Dia kelulusan Universiti Al-Azhar yang baru pulang dari Mesir dan digelar kolot kerana namanya. Tiba-tiba dia jatuh cinta pada seorang perempuan stylo. – Abu Hanifah Dia seorang yang trendy dan sering menjadi buruan lelaki kerana kecantikannya. Tetapi, lelaki yang dia pilih pula berlaku curang. - Nadine Permintaan otak seorang Abu Hanifah ialah mencari isteri sebagus Saidatina Khadijah. Tetapi… tatkala terpandang Nadine, jantung lelakinya terpanah. Dia mula belajar bahasa rindu. Dan siapa sangka, wanita itu adalah jiran rumah barunya. Bagi Nadine, lelaki pelik + kolot a.k.a Abu Hanifah itu bermulut lepas. Suka jaga tepi kain orang dan suka menyindir. Misi hidupnya, harus menjauhi lelaki itu sejauhnya. Namun, siapa sangka yang akhirnya dia harus menerima lelaki itu sebagai suaminya. \"Tak boleh ke awak buat tak tahu? Tak boleh ke awak tutup sebelah mata saja? Tak boleh ke awak buat Nadine macam tak wujud? Nadine tak pernah kacau hal awak pun. Tapi kenapa awak selalu buat Nadine susah hati macam ni? I hate you. I hate you very much!”- Nadine \"Aku lelaki yang tidak pandai menyentuh hati seorang perempuan. Tuhan..tolong pinjamkan aku kekuatan untuk memujuknya, mengubati gundah di hatinya. Dan kalau permintaan ini terlalu besar, cukuplah aku menjadi udara yang selalu menemaninya dalam diam. Rasanya, itu sudah cukup untuk lelaki sepertiku.\" – Abu Hanifah Mampukah Abu Hanifah meraih cinta si dara manis bernama Nadine Qhaisara? Bagaimana dia mahu membuat Nadine Qhaisara jatuh cinta padanya kalau dia sendiri kosong dalam hal-hal cinta? Dan isu paling besar, bagaimana caranya mahu menamatkan perang Teluk versi kecil-kecilan antara mereka berdua?

AWAS KALAU DAH SUKA

AWAS_KALAU_DAH_SUKA
HARGA RM20/23SS

Sinopsis:-
Kerana kasih pada si adik, Trish sanggup
memperjudikan hidupnya dalam perkahwinan yang diatur
oleh keluarga, dengan harapan si adik sedar kasih yang cuba
dia sampaikan. Namun sia-sia. Malah, Riya membuatkan
rumah tangganya berantakan apatah lagi setelah mengetahui
kebenaran yang cukup menyakitkan.
Setulus kasih dia cuba mewarnakan perkhwinan itu
tetapi tidak membawa erti kepada Tengku Afif Akmani. Apa
yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan
yang dirancang oleh bapa mereka. Biar seikhlas mana pun
Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan.
Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya
sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang
membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku?
Tidak adakah ruang di hati Tengku Afif Akmani untuk
dirinya?
“Kasihku tak perlukan bait bicara, aku hanya mahu
kita bersama hingga akhir usia.”

CINTAI AKU BOLEH

CINTAI_AKU_BOLEH

HARGA  RM21/24SS

Sinopsis:-
Saat Qaira sudah sah menjadi isteri kepada Syed
Ashraff Zafryl, dirinya diceraikan talak tiga sejurus selepas
dinikahkan.
Tengku Zareef menerima Qaira atas penghormatan
kepada arwah ayahnya dan juga sedikit rasa hormat pada
ibunya. Dia menyeksa Qaira secara mental dan fizikal untuk
membuatkan wanita itu tersungkur di kakinya.
Kehadiran Tengku Hazwan menambah duka dalam
hidup Qaira, kehadiran Trisha menambah sengsara.
Semuanya membuatkan Qaira hampir-hampir rebah. Saat
kasih Tengku Zareef berubah arah, pelbagai dugaan yang
timbul dalam rumah tangganya.
Dapatkah Tengku Zareef dan Qaira menggapai
bahagia? Siapa Tengku Hazwan? Siapa Qaira? Apakah kaitan
dia dengan keluarga Tengku Radziah?
“Kau boleh blah tak? Rimaslah aku tengok muka
kau!” - Tengku Zareef.
“Kau ingat aku nak sangat bertandang ke bilik kau
yang busuk ni? Kau ni dah mengganggu ketenteraman aku.
Kalau kau nak main lempar barang macam budak kecik tak
cukup umur, kau pergi main kat luar!” - Qaira.

MUNGKINKAH

MUNGKINKAH
HARGA RM32/35SS

Sinopsis:-
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya
hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk
jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta
perpisahan.
Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya
pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita
cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan
menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa
dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.
Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila
Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di
syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad
memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.
Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering
ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka
berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan
mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu
tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.
Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan
telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar
untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti
tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima
perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.
Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat
Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebihlebih
lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu
menjodohkan Zariff dengan Nabila.
Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa
dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus
matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,
mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?
“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas
kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan
pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali
teguh?”

DIA IMAMKU

DI_WEBSITE
HARGA RM21/24SS

Sinopsis:-

Bila mama Insyirah mengusulkan untuk
perkahwinannya dengan Naufal, dia bersetuju tanpa raguragu
kerana gambaran Naufal sama seperti gambaran lelaki
misteri dalam mimpi-mimpinya.Tetapi, saat dia mula
mengenali lelaki itu, hatinya dibalut sebal dan geram.Lelaki
itu tak seperti yang dia gambarkan. Naufal seorang yang sinis,
dingin, beku dan lain-lain lagi.

Tetapi sesudah mereka diijabkabulkan, Naufal
bukanlah dingin mana. Si kelat-kelat masam ni pun lelaki
biasa. Bisa bertukar menjadi si manis-manis gula yang buat
Insyirah terkena kencing manis setiap masa.

Saat bahagia meraja jiwa, mereka harus terpisah
dek cita-cita sang suami. Ketika itu, hadirnya ‘si dendeng’
yang mengocak hubungan bahagia itu. Mampukah mereka
bertahan dengan hanya kasih sayang mereka? Atau, ikatan
suci yang dicipta kerana keluarga bakal terlerai begitu saja?
“Abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk
Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam
Insyirah. Tiada lain, insya-Allah.” - Naufal.


“Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi
imamku sedari awal, cuma aku tidak menyedarinya.” -
Insyirah.”

ARLUNA

ARLUNA_WEBSITE


HARGA RM21/24 SS'

Sinopsis:-

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam
di puncak Sands Skypark.

Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum
brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring
side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana
ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank
you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry
you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?
Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas
dengan hak seorang isteri?
“Tewas Itu Taat.”

GAUN CIK BOS TUXEDU MR SECRETARY

HARGA RM20/RM23
Sinopsis:-

Adam terpaksa bekerja sebagai setiausaha kepada
Khalisah yang tegas lagi cerewet kerana Adam sangat-sangat
memerlukan pekerjaan. Khalisah selalu menyusahkan Adam
tetapi, Adam tetap bersabar. Namun, had kesabaran manusia
ada batasnya.

“Kenapa cik bos selalu kenakan saya? Apa salah
saya pada cik bos?”
“Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya.”

Aril, teman lelaki Khalisah kurang selesa dengan
Adam. Ada rahsia mengenai Adam yang disimpannya. Malah,
ia itu turut bersangkut-paut dengan Danish, kanak-kanak
kecil yang dijaga oleh Adam sejak bayi lagi.

Bila Adam bakal berkahwin dengan orang lain,
masihkah Khalisah tegar dengan egonya? Dan, apakah rahsia
mengenai diri Adam itu?

“Apakah perasaan benci ni sebenarnya cinta? Hesy!
Pada secretaryNot my class okay!”

CERITA CINTA AMMAR


SEMENANJUNG : RM 23
SABAH / SARAWAK : RM 26

SINOPSIS:

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...