Selasa, 25 November 2014

YES MA'AM!

YES_MAAM_WEBSITE


YES, MA’AM!
No. ISBN:- 978-967-0448-85-5
Jumlah muka surat:- 600
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH/SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21

Sinopsis:-

Pejam celik, pejam celik sudah sepuluh tahun Ilham dan Aryana melayari bahtera rumah tangga bersama. Dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel membuatkan kehidupan mereka begitu bahagia.
Selama bergelar isteri kepada Ilham Irfan (Si Legenda Kasanova) itu buat Aryana terlalu berhati-hati. Biarlah orang lain tuduh dia sebagai queen control asalkan suaminya tak kena kebas dengan perempuan lain.
Ilham pula, bukan takut isteri. Tetapi, dia menerima sikap Aryana yang terlalu mengawal kehidupannya itu dengan fikiran yang positif. Aryana jadi queen control tu pun sebab sayangkan dia. Dia terima dengan ikhlas segala kekurangan Aryana itu. Hidup suami isteri nikan memang saling melengkapi.
Walaupun asyik yes, ma’am! Ilham tetap bahagia.

Badai datang tanpa diminta. Kerana sebaris ayat yang dilafazkan oleh Ilham itu telah mengubah seluruh kehidupan mereka suami isteri. Demi anak-anak Aryana dan Ilham terpaksa berbaik-baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri yang sah lagi.

Saat Ilham berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Aryana, Aryana pula sibuk mengejar lelaki muda. Ah, sudah! Bagaimana akhirnya hubungan Aryana dan Ilham? Apakah punca hubungan yang terjalin selama sepuluh tahun atas dasar cinta itu boleh berpisah juga? Siapa Nadim Nazri?
Siapa Suri? Dan siapa pula Qistina Zara?

“Kahwin atas dasar suka sama suka, cinta sama cinta pun bukan boleh jamin hidup akan bahagia forever.” Aryana.

“Kebahagiaan rumah tangga tu bukan setakat rasa cinta sama cinta, suka sama suka aje. Kena ada kepercayaan dan rasa saling menghormati barul

AWAK SAYA PUNYA

AWAK_SAYA_PUNYA_WEBSITE
AWAK SAYA PUNYA!
No. ISBN:- 978-967-0448 -86-2
Jumlah muka surat:- 496
HARGA SEMENANJUNG: RM20
HARGA SABAH/SARAWAK: RM23

Sinopsis:-

Peristiwa hitam yang berlaku membawa Hafiqah kepada kemalangan itu. Diselamatkan oleh Hariez dan teman-temannya, dan akhirnya dia bekerja dengan lelaki itu.
Tatkala perasaan halus itu mula berputik, Alisa muncul membawa kisah lalu. Lalu, sedikit demi sedikit perasaan itu berganti benci. Pada masa yang sama Fariez muncul menghulurkan ikatan persahabatan dan sedikit sebanyak menawarkan kedukaan.
Berlandaskan cerita yang ditabur dan anggapan yang wujud daripada perasaan benci, Hariez memulakan rencana. Lalu apakah yang akan terjadi? Siapakah Hafiqah sebenarnya? Siapa pula Alisa yang muncul?
“Sesungguhnya, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.”

KU PIKAT JANDAKU



Tajuk : KUPIKAT JANDAKU
Penulis : Ana Sofiya
HARGA RM26/29SS
ISBN : 978-967-0918-15-6

Sinopsis : 
Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya.

Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan.

“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Sufyan 
“Saya dah serik dengan awak.” – Izyan

Memang Izyan serik. Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali.
Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. Izyan yang tidak mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Apatah lagi, dia sudah punya seseorang yang lebih baik dari Raif.

“Saya suka awak, Yan. Sangat-sangat suka. Awak tahu, kan?” – Zahin

Tapi masalahnya, kenapa rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa saat bertemu Raif? Adakah cintanya pada Raif masih bersisa?
Siapakah yang akan dipilih Izyan? Si duda yang sering buat jantung dia tidak tentu hala rasa atau si teruna yang sayangkan dia separuh mati?

DIA SEBELUM AKU




Tajuk : DIA SEBELUM AKU
Penulis : Cik D
HARGA :  RM25/28SS
ISBN : 978-967-0918-14-9

Sinopsis :
Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal.

"Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah

Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah? 

Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah?

“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan
“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim

Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu.

Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?

YANG SELALU ADA (LIMITED)




Tajuk : YANG SELALU ADA
HARGA RM27/30SS
POSLAJU SEMENANJUNG RM6/10SS
2 cerita dalam satu
(Persembahan Dari Hati - Pena Kayu)
(Maritza - Wawa Taufik)

Sinopsis :
PERSEMBAHAN DARI HATI
“Jangan rendahkan dirimu untuk mendapatkan cinta, tapi rendahkanlah hatimu untuk memberi cinta.” – Abu Hanifah
“I didn’t find him. He found me. Love brought him back to me.” – Nadine
Macam mana kontra sekalipun Nadine dengan Abu Hanifah, tetapi itulah yang membuat hati mereka melekat erat. Macam mana cantiknya fesyen tudung colour block, begitu jugalah Nadine dan Abu Hanifah.
Gabungan dua warna hati yang berbeza. Bila disatukan, sedap dipandang.

MARITZA
Nak tinggal, rasa bersalah. Nak menurut, rasa kekok. Nak percaya, rasa pelik. Nak curiga, rasa tak patut. Namun Fadh tekad dengan keputusan untuk membawa gadis itu menumpang di rumahnya. Ada sesuatu pada Zaza yang membuatkan Fadh terus mahu dekat dengannya.
Perkenalan biasa di antara mereka berdua di tempat yang biasa telah membawa kepada satu hubungan yang luar biasa.
“You love me that much, Fadh?” - Zaza
“Kita kahwin, Za?” - Fadh
Siapa Zaza, itu tidak penting. Yang penting dia harus memilik gadis itu


Rabu, 5 November 2014

SUAMIKU ENCIK SOTONG

Suamiku Encik Sotong


Tajuk : Suamiku Encik Sotong

Penulis : Syikin Zainal
Harga : RM25.90
ISBN : 978-967-0535-21-0
Mukasurat : 624

Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

PANDORA BUAT INSYIRAH

Pandora Buat Insyirah

Tajuk : Pandora Buat Insyirah
Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-124-950-5

Sinopsis
SEGALAnya sudah tertulis di atas lantai takdir. Tujuh tahun Irman Mirza dan Insyirah Hayati terpisah dek tujuh lautan dalam yang tidak bertepi. Selama waktu itu hati masing-masing menggelisah dan dendam rindu yang tidak terperi. Irman hidup dalam teka-teki. Insyirah masih bersekolah lagi. Masakan dia memaksa gadis itu menerima cintanya? Akhirnya, masa berlalu begitu sahaja sehingga mereka dipertemukan dalam masing-masing menginjak dewasa. Ketika itu, Insyirah pula seolah-olah bermain tarik tali. Antara mahu terima dan tidak. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irman adalah jodoh buatnya. 

KAHWIN DENGAN SAYA

Kahwin Dengan Saya

Tajuk : Kahwin Dengan Saya
Penulis : Aleya Aneesa
Harga : RM26.00
ISBN : 978-983-124-940-6

Sinopsis
Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang. 

MUNGKINKAH

Mungkinkah?

Tajuk : Mungkinkah?
Penulis : Hanni Ramsul
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-0448-60-2

Sinopsis
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya

hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang

lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk

jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta

perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya

pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita

cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan

menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa

dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya.

Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila

Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di

syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad

memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.

Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering

ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka

berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan

mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu

tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan

telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar

untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti

tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima

perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat

Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebihlebih

lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu

menjodohkan Zariff dengan Nabila.

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa

dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus

matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan,

mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas

kembali?

“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan

pulang?

“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali

teguh?”

NIKAHI AKU KERANA DIA

Nikahi Aku Kerana Dia

Tajuk : Nikahi Aku Kerana Dia
Penulis : Teja Elliza
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0707-09-9

Sinopsis
“Siapa yang buntingkan kau? Cakap!”

Semuanya bermula atas dasar salah meneka. Dek tindakan orang lain terhadap MARYAM DARLEENA, akhirnya dia yang menerima akibatnya. Sakit, kecewa dan sengsara dibawanya bersama meninggalkan semua yang pernah disayanginya. Semenjak peristiwa itu, dia selalu mengingatkan orang lain, bahawasanya apa yang kita lihat tak semestinya menunjukkan perkara sebenar.

MARYAM DARLEENA cuba melalui masa depannya tanpa memikirkan tentang kekurangannya itu. Tapi setiap kali dia jatuh cinta, itulah perkara pertama yang ditakutinya. Sehinggalah… jodoh itu menariknya kuat dan takkan mampu dielak.

Mampukah Maryam Darleena terus sendiri tanpa cinta, hanya disebabkan kenangan hitam itu?

“Jangan, bang. Cukuplah sekali Mar kecewa. Mar tak mampu untuk kecewa kali kedua. Mar tak sempurna untuk abang. Jangan memberi harapan kepada diri sendiri mahupun Mar. Abang cuma bersimpati. Bila simpati hilang, abang akan membenci Mar.”

TUAH ITHAR sangat menyayangi gadis itu. Namun akibat tak sabar menanti lebih lama, gadis itu meninggalkannya tanpa kata. Sedang merawat kekecewaan, dia dipertemukan dengan seorang gadis lain yang sangat tabah. Dan dia yakin itulah gadis yang tepat untuk dilindunginya sekaligus melengkapi dirinya.

Mengapa sukar sekali hendak mendapatkan jiwa itu? Jika lafaz cinta diterima, mengapa seolah-olah menindakkan perasaan?

Tuah Ithar buntu dengan gadis penuh rahsia itu, bertambah kusut apabila satu persatu masalah datang tanpa disangka. Dan jika gadis yang menjadi pilihan hati Tuah Ithar itu menerimanya dengan rela, adakah Tuah Ithar mampu menerima hakikat yang segala impiannya tidak akan menjadi kenyataan?

“Abang lelaki yang tidak sempurna. Abang cuba menjadi sempurna tetapi jangan biarkan abang lemas setelah abang karam. Tariklah tangan abang supaya abang dapat bernafas semula.”

DI HATIKU ADA KAMU

Di Hatiku Ada Kamu

Tajuk : Di Hatiku Ada Kamu
Penulis : Rinsya Chasiani
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-27-9

Sinopsis
RIAN AULIA – Terlanjur cinta pada yang salah mampukah untuk kita tekan ‘padam’ rasa itu dari hati? Pertemuan Adif dan Rian bertitik-tolak temu janji buta yang diatur oleh keluarga. Anehnya pada Rian, lelaki itu sangat misteri dan mempunyai auranya tersendiri. Tanpa desakan mana-mana pihak, lamaran Adif diterima dengan hati yang terbuka oleh Rian sementelah Adif tampak seperti lelaki yang budiman. Namun tidak terduga sebuah kebenaran tersingkap, hampir menjadikan Rian seorang yang kecundang…

AHMAD ADIF RAYQAL – Antara rasa cinta kepada Rian Aulia, kasihnya kepada Adelia, sayangnya kepada arwah kedua ibu bapanya, komitmennya terhadap Idris Holding dan sikap sopannya kepada ibu bapa Rian Aulia menjadikan dia seorang yang perahsia dan sangat misteri kerana di hatinya ada sesuatu yang terpendam…

RIAN yang sengsara…

“Rian tak sanggup, pulangkan semula masa Rian, Rian tak akan kahwin dengan dia. Rian tak sanggup macam ni.” Aku teresak kuat. Nafas terasa tersekat-sekat di dada. “…Rian tak nak mengandungkan anak dia!”

Benciku kepada Adif kian bercambah di sudut hati. Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku mengandungkan anak lelaki yang terang-terangan merancang untuk memusnahkan hidupku.

“Rian Aulia, awak benci atau tak itu dah jatuh kepada perkara ketiga. Sekarang ni yang lebih penting, Farhan, yang kedua, I will never divorce you.”- Adif

“You threatened my family, you threatened us! Tak puas-puas lagi mengugut kami? Dasar jahanam!” – Rian

RIAN pergi jauh dan PERTEMUAN semula menjadikan Adif sebagai pengejar cinta setia. Dia mahu mengutip semula cinta yang Rian campak merata-rata. Mampukah Adif mendapatkan semula hati Rian yang keras seperti batu? Atau… mungkinkah menggunakan kelicikannya seperti sebelum ini…

“Gila! Lepaslah,” ucapku spontan. 10 minit macam ni masaklah aku. Farhan yang sedang terpinga-pinga berdiri meminggir di tepi kereta tu aku nak buat macam mana?

Aku menolak lagi tubuhnya tetapi masih tak berjaya. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan memijak kaki Adif kuat tetapi tetap juga lelaki itu buat bodoh saja. Tak sakit ke apa dia ni… Hesy! Apasal aku pakai kasut yang tak bertumit ni… Kalau  tumit tinggi dua inci atau tiga inci, mesti dia rasa sakit.

“Jangan tendang-tendang abang, tak berkesan punya,” ucapnya apabila dia rasa aku mungkin akan menendang kakinya. Eleh penipu, mukapun dah berkerut macam tu berlagak tak sakit konon. Aku mengetap bibir geram.

“Saya tak terfikir tentang tu tapi terima kasih kerana bagi idea.”

Tapi belum sempat aku mengangkat kaki, tak semena-mena tubuhku tidak menjejak bumi lagi. Aku terjerit kecil apabila Adif mengangkat tubuhku tanpa mempedulikan Farhan yang masih tercegat melihat kami dalam keadaan sebegitu.

“Lepaslah!” Aku memukul bahunya kerana malu sangat. Adif bukan setakat mendukung aku dan berdiri saja tapi dia siap berlari anak mengelilingi kereta. Serius malu sampai aku rasa kalau ada bola sepak kat sini memang aku dah sepak ke muka dia dah.

BERJAYAKAH Adif memikat Rian semula? Terpedayakah Rian akan kelicikan Adif yang masih misteri baik dahulu mahupun sekarang…

HADIRKAN CINTA BUAT AKU

Hadirkan Cinta Buat Aku

Tajuk : Hadirkan Cinta Buat Aku
Penulis : Tulip Ungu
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’

SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…

‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’

LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.

“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.  

MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…

“Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.”

Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara.
“Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?”
“Cinta.”
“Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?”
“Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.”
“Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?”
“Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat.
“Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang.
“Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara.

BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!

ADUH! BERGETAR JANTUNGKU

Aduh! Bergetar Jantungku

Tajuk : Aduh! Bergetar Jantungku
Penulis : Cenderawasih
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
AMIRA / Ayang – Pertemuan kita yang pertama kakiku kau cantas, sehingga mulutku terbabas. Pertemuan kita yang kedua, kau kenakan aku hingga sesak nafas di dalam kelas. Izuan, Lagakmu sentiasa membuatkan aku sakit jiwa. Membuatkan mulut ini sentiasa bersenam setiap pagi dan setiap ketika. Banyak betul akal kau, hingga aku benci setiap kali kita bertentang mata. Tidak puas kau pancitkan tayar, akhirnya kau kerjakan basikalku sehingga tinggal kerangka. Pertemuan kita bukan seindah musim sakura. Tapi usikanmu membuatkan hati aku berentak getar memukul jantung!

IZUAN – Mulutnya sentiasa berbunyi. Muka cantik, bulu mata lentik, cuma perangai saja sedikit pelik. Pantang tersilap sikit, pasti dibalas hingga puas hati. Berdesing telinga dibuatnya mendengar gadis itu berleter. Namun dia juga yang melekat di hati. Entah kenapa, aku suka sangat gadis itu diusik. Walaupun suaranya memanah seperti halilintar, walau lagak lakunya kasar, tetapi akhirnya dia pilihan hati aku!

PERTUNANGAN terjalin antara kedua-duanya ketika Amira di tahun akhir pembelajarannya. Alan menjadi tunangan Amira tanpa menduga Alan Izuan adalah nama penuh milik Izuan.

“Nama tunang Ayang?”

“Jebon.” Amira masih selamba.

“Jebon?”

Amira gelak apabila kakaknya beriak terkejut. Mana tidaknya, rasa terkejut Kak Zita berkongsi pula dengan muka tak ‘kacak’ Abang Amirul. Abang Amirul melopong memandangnya. Itu yang jadi tidak kacak!

“Ala, Jebon tu nama gelaran dia. Saja-saja Ayang bagi nama tu kat dia. Nama dia Alan.”

“Alan je?” tanya Amirul. Dia memandang Suzita. Ada sesuatu yang difikirkan oleh mereka.

Amira angkat bahu. Dia memang malas mahu tahu tentang Alan. Maklum hati kurang ikhlas menerima pertunangan. Dulu-dulu pula asyik bercekau saja.

“Baik kita makan daripada memikir tentang budak Jebon tu. Ayang dah lapar ni.”

SETELAH lama diikatan pertunangan, Izuan mahu mengakhiri dengan mengahwini Amira yang baru bergelar guru. Penolakan Amira buat hati Izuan penasaran. Natrah, rakan sekerjanya selalu datang menggoda…

“Mira dah fikir masak-masak tentang perkara ini? Mak tuk tak mahu Mira buat keputusan secara tergesa-gesa.”

Langkah Amira terhenti apabila suara mak tuk tegas di muka pintu. Bukannya ada mak tuk saja tetapi semua ada.  Emak, Kak Ayu, tuk ayah dan Nek Melah.

“Kamu berdua berbincang di luar ni tapi kami juga berbincang di dalam.  Perkahwinan kamu berdua asyik ditangguh saja dan kami juga buat keputusan untuk menangguh  memutuskan tali pertunangan kamu berdua.”

“Mak tuk…”

“Mira cuma fikir tentang kesalahan Alan tapi Mira langsung tidak memikirkan kesalahan Mira.”

“Tuk ayah nak kata Mira salah? Mira salah apa?” Amira bengang pula. Dilihatnya seperti semua orang mahu menyalahkannya pula. Luluhnya hati dan perasaannya ini. Amira melihat Izuan sudahpun berada di sisinya. Sakitnya hati melihat Izuan sudah tersenyum kemenangan. Argh!

JUJURLAH,,,NIKAHI AKU

Jujurlah… Nikahi Aku

Tajuk : Jujurlah… Nikahi Aku 
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0246-78-9

Sinopsis
NURIN ASYFA  ditakdirkan sebagai  gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri.  Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin  tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan  bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi,  lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya.  Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi  kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan  melindungi  si malang Nurin hingga hembusan  nafas terakhir.

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...”  Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG

SAYANGKU_SAMPAI_KE_BINTANG
No. ISBN:- 978-967-0448-73-2
Jumlah muka surat:- 584
HARGA SEMENANJUNG: RM20
HARGA SABAH/SARAWAK: RM23
Sinopsis:-
Perkahwinan yang diatur tanpa pengetahuan kedua-duanya membuatkan mereka memberontak!
“Apa tak cukup senang ke hidup kita sekarang? Ray ni membebankan atuk ke sampai atuk sanggup nak jual Ray masuk ke keluarga Dato’ Umar macam ni sekali? Kalau ya, Ray boleh keluar cari kerja!”-Raisha Mahira
Namun takdir lebih pantas memintas tingkah. Ijab dan kabul sudah terucap jelas. Tapi ke mana hendak diarahkan bahtera yang tiada hala tuju ini? Perang mulut yang terjadi tanpa sengaja menjarakkan lagi hubungan yang kian tegang. Kerana satu peristiwa, Raisha pergi dengan kecewa, saat Hasif bertemu cinta baru.
Jarak waktu yang berlalu membawa semula Raisha ke Malaysia. Kehadiran semula sang isteri memberantakkan hubungan yang disulam bersama Hana.
Tak nak pergi kejar kekasih hati yang dah merajuk ke? Ke…dah tertawan dengan kecantikan I?”-Raisha Mahira
“You’ll pay for this! I swear!”-Hasif Nadhmi
“Antara jarak dan waktu, kedua-duanya telah aku pilih. Tapi, kenapa bayangmu masih dapat kurasakan?” – Raisha.

Tika aku mabuk dalam bahagia yang dicipta tanpamu, kau pulang tanpa dipinta. Tapi, mengapa dulu kau yang kupandang sinis, semakin manis kurasakan?” – Hasif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...