Rabu, 11 Disember 2013

ISTERIKU CIK JAMBU BATU

SEMENANJUNG : RM 26
SABAH / SARAWAK : RM 29

Sejak kecil kehidupan Iskandar diselubungi misteri. Kehadiaran patung misteri di bilik bacaan milik Datuk Ahmad Shah, potret seorang gadis di butik Datin Maznah dan kemunculan tiba-tiba Shahnazra Atika dalam keluarga Datuk Ahmad Shah. Semua itu meninggalkan tanda tanya kepada Iskandar yang selama ini mempunyai hubungan rapat dengan keluarga itu. Kali pertama Iskandar bertemu Shahnazra Atika, dia keliru. Dia tidak pasti gadis itu benar-benar seorang gadis atau lelaki tulen sepertinya?

“Maksud saya, ke mana awak menghilang dari kecil? Saya tak pernah pun nampak awak di rumah mak ayah awak selama ni. Malah saya tak tahu pun Mak Cik Maznah dan Pak Cik Ahmad ada seorang anak lagi. Saya fikir anak dia orang empat orang saja. Mana awak pergi selama ni, Ika?”

Namun semakin lama Iskandar mengenali Shahnazra Atika, Iskandar semakin sedar. Hatinya tertawan dengan keperibadian Shahnazra Atika yang ternyata jauh berbeza daripada sangkaannya.

Kharlisa. Gadis itu tidak jemu mengejar Iskandar. Impiannya ingin memiliki Iskandar dan harta lelaki itu, sekali gus menjadikan dia sebagai isteri jutawan muda paling kaya di Malaysia. Namun mampukah dia memikat Iskandar yang sejak dari universiti tidak pernah memandangnya walau sebelah mata gadis sosial itu?

“Tak guna punya Iskandar. Dia belum kenal siapa aku nampaknya. Apa dia fikir dia boleh lepas daripada aku begitu saja? Ini Kharlisalah, takkan mudah mengaku kalah begitu saja!”

Apa akan berlaku apabila Kharlisa mengetahui Iskandar mencintai Shahnazra Atika? Siapa pula yang telah mencederakan Shahnazra Atika ketika pameran pakaian butik Datin Maznah diadakan? Isteriku Cik Jambu Batu bakal merungkai semua...

ISTERIKU NAIK HANTU



SEMENANJUNG : RM 27.90
SABAH / SARAWAK : RM 30.90

Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati. Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan. Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo. Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram. Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda. Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi?

“Qina, ikhlas ke awak terima saya sebagai teman hidup awak?” - IQRAM

“Masalahnya, saya dah termengaku tadi. Saya pun panik, bila akak cakap saya bakal tunang akak. Nasib baik akak ni kira cun jugak, kecil molek. Kalau tak, mahu menangis saya kat situ. Dahlah makan tak kenyang.” - FAREEZ

Alamak, lebih-lebihlah pulak orang tua ni. Kut ya pun nak buat aku jadi menantu, janganlah dengan budak bawah umur ni. Anak lain dah tak ada ke mak cik oi? - QARINA

CINTA KUASA TINGGI



SEMENANJUNG : RM 26
SABAH / SARAWAK : RM 29

Sinopsis

Que bekerja sebagai penghantar surat. Dia sangat komited dengan kerjanya walaupun dia berpelajaran tinggi. El, bosnya sangat tegas dan suka memaksa. Que sangat bengang. Rupa-rupanya dalam diam, El suka pada Que. Dia suka tengok Que marah dan berbalas kata dengannya. Cuma satu sikap Que yang paling El tidak suka. Que kaki motor dan ada Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Akhirnya, mereka berkahwin juga. Akibat dua-dua keras kepala dan ego, mereka berpisah tanpa lafaz. Lima tahun Que hidup di Jepun. Selama itu, dia membesarkan anaknya sendiri. Selama itu juga El mencari. Akhirnya, selepas penat bermain dengan takdir, pertemuan terjadi semula. Kekusutan terlerai dan mereka gembira akhirnya.

SEMANIS GULA KAPAS



SEMENANJUNG : RM 33
SABAH / SARAWAK : RM 36

Wajah bukan ukuran cinta...

Kenapa dia tidak pernah berasa gembira ketika bersama Matt? Kenapa hati ini seperti tidak ada rasa cinta? Sedangkan kalau dibandingkan Matt dengan Syed Khaled, Matt lebih tampan. Matt berwajah pan-Asia, sedangkan Syed Khaled biasa-biasa sahaja. Kulitnya tidaklah terlalu putih jika dibandingkan dengan Matt. Hanya sawo matang. Kadangkala bercukur dan kadangkala tidak kalau lelaki itu terlalu sibuk.

Kalau di jalanan Matt dengan Syed Khaled jalan beriringan, pasti ramai yang tergoda dengan Matt, bukannya dengan Syed Khaled!

Namun kenapa hatinya selalu mengingati Syed Khaled!

YANG LUAR BIASA




[ GOLDEN EDITION ] YANG LUAR BIASA*****
4 cerita dari 4 penulis dalam 1 naskah.
* Novel ini Hanya dijual amat terhad. Hanya di jual secara online 
# Hani Fazuha
# Farah Hussain 
# Anna Lee
# Syah Shah
Harga : RM27 (SM) / RM30 (SS)
Pre-order dibuka sekarang di Menjual Novel Melayu !!!
LIMITED EDITION 
Sinopsis :
Yang Luar Biasa - Hani Fazuha

Cinta memang luar biasa kerana ia mampu merubah banyak perkara. Kerana cinta, Arissa jadi tersepit. Memilih Adam, dia harus mengenepikan rasa hati sendiri. Memilih Zhariz, dia harus membelakangkan keluarga dan memilih Haraz, dia harus bersedia melawan cemburu. Lantas, siapa yang harus dia pilih?


Diary Mrs Ben – Anna Lee

Sofia dan Ben, dua sahabat sehati sejiwa. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk diri masing-masing, mereka tahu semuanya. Namun, sesuatu telah terjadi menyebabkan mereka terperangkap dalam satu konspirasi yang tidak terduga!

Konspirasi apakah? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Mampukah dua sahabat baik tinggal di bawah satu bumbung?


My Slurpee Slurp! - Syah Shah

Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba.

"Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy..." - Damien


Dear Cinta – Farah Husain

Perpisahan itu ibarat kopi tanpa gula. Pahit tapi ada nikmatnya. Tasneem hilang cinta pertama. Namun, takdir Allah itu indah. Kehilangannya diganti dengan pemilik nama; Ariff Hakimi.

KERANA AKU SAYANG KAU




Tajuk : Kerana Aku Sayang Kau
Harga : RM 23 (Semenanjung)/
RM26(Sabah/Sarawak)
Penulis : Ezi Afiza
Muka Surat : 500

Sinopsis :



Tuah Iskandar itu lelaki paling glamor di kolej mereka tetapi kenapa Hani tak pernah kenal? Anak orang kaya dan paling kacak tetapi sangat menakutkan. Sebabnya, dia seorang gengster.

Itu kenyataan yang Hani baru tahu dan kenyataan itu buatkan dia diburu rasa takut. Sebabnya, gengster itulah yang Hani maki ketika berlaku perlanggaran tempoh hari. Dan makin menakutkan apabila Tuah Iskandar tiba-tiba mencarinya.

“Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau.” - Tuah

“Erk..cakap dengan saya? Tentang apa?” - Hani

“Tentang cinta.” - Tuah

Tentang cinta? Siapa yang bercinta? Tentang cinta siapa? Cinta antara siapa dengan siapa? Dan kenapa tentang cinta perlu dibicarakan dengan dirinya?

“Aku suka kau. Aku nak kau jadi awek aku.” - Tuah

Hani gadis biasa-biasa yang namanya tenggelam dalam ribuan pelajar kolej namun, dia menjadi pilihan seorang Tuah Iskandar. Kerana takut, Hani terpaksa terima dan mengikut saja apa kata Tuah.

Mengenali Tuah, Hani mula sedar bahawa lelaki sejuk beku itu sebenarnya punya jiwa yang lembut. Tatkala rasa sayang mula tumbuh di hati Hani, hasad dengki manusia mengharuskan mereka untuk berpisah.

“Kerana aku sayang kau…aku lepaskan kau.” - Tuah

Apabila nyawa menjadi taruhan, orang yang disayang harus menjadi korban. Mampukah Hani melepasi sempadan dunia yang berbeza untuk meraih cinta Tuah Iskandar? Mampukah Tuah Iskandar melepasi halangan untuk memiliki gadis yang dia sayang? — with Hani Fazuha and 19 others.

KERLIPAN BINTANG CINTA



Judul: Kerdipan Bintang Cinta 
Penulis: Yumi Zinnita 
Penerbit: Elee Mardiana Publication 
Harga: SM RM25.00 / SS RM28.00

Sinopsis :

Peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup membuatkan Danisya menanggung penderitaan melawan kemurungan selama tiga tahun. Selama tiga tahun itu jugalah, Danisya dihantar berubat sehinggalah semangatnya yang telah lama hilang pulih semula. Lalu, keputusan untuk menyambung pelajaran yang tertangguh terus disuarakan.
Sejak mula belajar, Danisya belajar erti berkawan dan bergaul dengan rakan sekeliling. Perkenalan dengan Izdham, lelaki penjaga kaunter kafe di kampus telah membawa Danisya untuk lebih mengenali warna-warni kehidupan. Semakin hari, Izdham semakin pandai mengambil hati hingga tanpa sedar, cinta mula bersemi antara mereka.
Lamaran dihulur Izdham sebagai bukti cinta yang ingin disimpul mati. Danisya pula menerima meski usia masih terlalu muda dan mentah. Namun, bahagia yang didamba seolah-olah terhenti di tengah jalan apabila rahsia yang dipendam Izdham selama ini terbongkar. Danisya cuba menerima, namun hatinya tidak sekuat yang disangka. Izdham pula semakin lelah memohon kemaafan yang ternyata memang bukan untuknya. Lalu, masih mampukah cinta yang ada memberi peluang kepada mereka berdua untuk mencuba sekali lagi?

KABUS RINDU



Tajuk : Kabus Rindu 
Penulis : Monalita Mansor 
Terbitan : EMP
Harga : SM RM18.00 / SS RM21.00

Sinopsis :

Zaweeya terdampar di sebuah mukim mimpi yang mematangkannya. Satu per satu peristiwa yang terjadi, membibitkan rindu dalam samar. Menambah keliru, rindu yang mekar rupanya menjadi rebutan sehingga membuahkan dendam.

Wafi merasakan keanehan menyelubungi dirinya semenjak peristiwa di Masjid Kuala Dulang; peristiwa di mana Zaweeya menyerunya sebagai Indera Laksamana. Terasa dirinya sehebat Hang Tuah. Keanehan itu telah membuahkan kasih terhadap Zaweeya.

“Lebih berdosa kalau mencuri. Lebih-lebih lagi mencuri hati.” ~ Wafi 

HADIRKAN CINTA BUAT AKU



HADIRKAN CINTA BUAT AKU ~ TULIP UNGU
PENERBIT : INTENS IDEA
HARGA : SM RM25.00 / SS RM28.00
ISBN : 978-967-5289-26-2
HALAMAN : 640 MS

SINOPSIS

SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’

SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…

‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’

LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.

“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.

MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…

“Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.”
Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara.
“Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?”
“Cinta.”
“Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?”
“Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.”
“Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?”
“Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat.
“Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang.
“Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara.

BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...