Khamis, 12 April 2012

ISTERI SEPARUH MASA

ISM-05


JUMLAH MUKA SURAT:- 568
SEMENAJUNG: RM 22.00 
SABAH/SARAWAK: RM 25.00  
Sinopsis:-
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

CALON JODOH UNTUK ADIK

colon-jodoh-utk-adik-041


JUMLAH MUKA SURAT:- 472
SEMENAJUNG: RM 19.00  
SABAH/SARAWAK: RM 22.00 
Sinopsis:-
Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.
Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.
Arissa pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.
Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

DIA SEGALANYA

dscover_08_031


JUMLAH MUKA SURAT:- 1,128
SEMENANJUNG: RM 37.00 
SABAH/SARAWAK: RM 40.00  
Sinopsis:
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA

maaf


JUMLAH MUKA SURAT:- 948
SEMENANJUNG: RM 34.00 
SABAH/SARAWAK: RM 37.00  
Sinopsis:
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

CUKUP SEKADAR DIRIMU




Cukup Sekadar Dirimu
Aireen Erina

Harga: RM 21.00
Halaman: ~512

Berat: 400 gram

Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Sinopsis
ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi.

Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu.

Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...