Jumaat, 24 Mei 2013

31 MEI GERHANA MENTARI CINTA

GMC2

SEMENANJUNG:- RM28.00
SABAH/SARAWAK :- RM31.00 

Sinopsis:-
Puteri, namanya melambangkan seorang wanita yang hidupnya dilimpahi kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi, tidak. Pelbagai dugaan mendatang membuatkan dirinya hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.
Puteri yang menjadi ayam tambatan keluarganya untuk keluar dari kepompong kemiskinan telah hilang arah setelah kekasihnya yang berjanji akan melamarnya tidak kunjung tiba. Hilang lesap begitu sahaja. Dia dibuang keluarga dan tidak dapat meneruskan pengajiannya.
Namun, hidupnya mula disinari cahaya bahagia apabila ditawarkan menjadi pengasuh kepada anak-anak Hakimi. Sementelah, anak-anak Hakimi amat menyayanginya dan menerimanya sebagai mama mereka.
Tanpa diduga, Puteri dan Hakimi saling jatuh cinta di antara satu sama lain. Hakimi melamarnya, membuatkan Puteri semakin bahagia.
Namun, hidup Puteri sekali lagi diduga. Hakimi tidak menyentuhnya dan diam membisu setiap kali Puteri ingin berbincang perihal rumah tangga mereka. Puteri benar-benar keliru. Kekeliruan dan kehampaan ini telah merubah sikap Puteri. Hatinya telah dilukai buat kali kedua oleh kaum Adam. Dia menjadi seorang yang pendendam.
Rupa-rupanya Hakimi mempunyai agenda tersendiri mendirikan rumah tangga dengan Puteri. Malah, ada rahsia besar yang tersembunyi di rumah Hakimi.
Apakah rahsia besar itu? Puteri pula... apa kaitannya dengan agenda Hakimi dan rahsia besar yang tersembunyi itu?

“Malam pertama kita telah berakhir... dan itu telah mengakhiri semuanya.”


Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...