Selasa, 24 September 2013

MACAM2

KAU KEKASIH GELAPKU
KAU KEKASIH GELAPKU - Que Sera (IDEAKREATIF)
HARGA - RM 23(Semenanjung)/RM26(Sabah/Sarawak)
ISBN - 978-967-11925-5-9
MUKA SURAT - 576


Sinopsis :

Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’.

Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya.

Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.

“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi

“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis?

“Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir

Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.



                                                               KISAH DARI HATI

                                                          KOMPILASI CERPEN
KOMPILASI - KISAH DARI HATI

Harga : RM 23(semenanjung) RM 26(Sabah Sarawak)
** Harga tidak termasuk kos penghantaran.
(Kos penghantaran dikenakan RM6 untuk seluruh Malaysia)

ISBN : 978-967-11925-6-6

Muka Surat : 600

Sinopsis :

Tujuh penulis bergabung melakarkan 15 cerita di dalam naskhah yang sama. Kisah yang tercoret tak akan pernah ada penyudahnya di tangan seorang penulis. Naskhah indah ini sebagai bukti kebenarannya.

HANI FAZUHA – Cerita cinta penuh syahdu hero dan heroin yang pernah dilakarkan sebelum ini disambung kembali.

FARAH HUSAIN - Dunia penuh bahagia Amzar si Random Guy dilanjutkan kisahnya sebagai hadiah terindah untuk dihayati.

SYAH SHAH – Kisah Daus, si penggoda Awek pisang goreng akan membuatkan kita terasa bahagia ada di mana-mana.

SARNIA YAHYA - Cinta dan cemburu si duda hot, Iskandar dan Tengku Ritzlan mampu mencipta senyuman di bibir tanpa perlu mendengar cerita jenaka.

ANNA LEE - Cerita seorang Nuha, si Gadis Caspian yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi calon isteri kepada jejakakesepian dilakarkan penuh dramatik.

QUE SERA SERA – Romeo dan Juliet dalam versi yang berbeza, si gemuk dengan gelaran Mr Panda bertukar menjadi si kacak yang memikat.

EMY ROBERTO – Shazan Shahira yang degil, yang menolak Raimie sebagai suami akhirnya akur yang dia sebenarnya tersilap langkah.
                 

                                                  DI PENGHUJUNG CINTAKU ADELIA

TAJUK : DI PENGHUJUNG CINTAKU ADELIA
PENULIS : WAN ROHAYU 
TERBITAN : LOVE NOVEL
HARGA : SM RM25.00 / SS RM28.00

SINOPSIS

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini. Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan? Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” -Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa? Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama.



                                                                  SI PENCURI HATI
TAJUK : SI PENCURI HATI
PENULIS : DAYANA DARWISY
TERBITAN : LOVE NOVEL
HARGA : SM RM24.00 / SS RM27.00

SINOPSIS

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.
Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.
Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.
Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.
Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?

Comments
0 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...