Rabu, 5 November 2014

PERFECT MATCH

PERFECT_MATCH

PERFECT MATCH
No. ISBN:- 978-967-0448-78-7
Jumlah muka surat:- 496
HARGA SEMENANJUNG: RM22, 
HARGA SABAH/SARAWAK: RM25, 
Sinopsis:-
Berkahwin dengan Harraz yang merupakan abang tiri Laila umpama maut yang datang menjelma tanpa diduga. Sudahlah malunya berbakul-bakul kena hina, sekarang kena kahwin paksa pula!
Demi maruah dan keluarga, diterima sahaja tanpa banyak bicara. Pelik juga kenapa Harraz yang membencinya sanggup menjadi suaminya?
Benarkah kerana tanggungjawab merupakan punca Harraz sanggup berkahwin dengan adik tirinya? Atau mungkin dia sudah jatuh cinta? Apakah yang bakal terjadidengan perkahwinan mereka? Dalam masa yang sama, Azmir si playboy menagih semula cinta Laila.
Adakah Laila sanggup menerima cinta Azmir setelah hatinya dirobek oleh permainan perasaan kekasih gelapnya itu? Adakah Harraz hanya mendiamkan diri sahaja? Benarkah Laila adalah jodoh terbaik yang ditetapkan oleh Allah untuknya?
“Bila abang tiri jadi suami, punah harapan nak dapat lelaki pilihan hati….”

KAU PEREMPUAN ITU

KAU_PEREMPUAN_ITU

KAU PEREMPUAN ITU
No. ISBN:- 978-967-0448-77-0
Jumlah muka surat:- 1,024
HARGA SEMENANJUNG: RM34
HARGA SABAH/SARAWAK: RM37

Sinopsis:-

Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana.

Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan. Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan.

Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya?

Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya?

“Aku sedar aku bukan pilihan hatimu tetapi, aku yakin dengan jalan cerita yang Allah aturkan untuk aku.”

APA SAJA UNTUKMU, SAYANG

2.APA_SAJA_UNTUKMU_SAYANG

APA SAJA UNTUKMU, SAYANG
No. ISBN:- 978-967-0448-79-4
Jumlah muka surat:- 960
HARGA SEMENANJUNG: RM30
HARGA SABAH/SARAWAK: RM33
Sinopsis:-
Bagi Humaira, pilihan keluarga adalah yang terbaik untuknya. Namun tidak pada Darriz. Dendam terhadap datuk yang melakukan penipuan semata-mata mahu dia kahwin dilepaskan kepada Humaira.
Kesabaran dan ketulusan Humaira melayan kerenahnya membuatkan hati Darriz terdetik satu perasaan halus. Namun, dek fitnah Asyraf mengatakan isterinya berhubungan sulit dengan Izdihar, sepupu yang dibenci menjadikan kebencian Darriz terhadap Humaira kembali menjelma.
Hinaan demi hinaan Darriz menyebabkan Humaira tidak dapat bertahan lantas membuka rahsia yang disimpan tatkala diri disahkan mengandung. Humaira nekad pergi. Tetapi Darriz ingin menuntut haknya semula setelah dia bertaubat atas dosanya yang menghukum Humaira dengan cara paling hina.
Dapatkah Darriz membetulkan semula kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Humaira? Adakah Humaira bersedia memafkan Darriz?
“Maaf, maaf...” gagap Humaira sambil sedaya upaya bangun. Orang yang dilanggarnya itu membantunya untuk 
berdiri. Humaira menekup mulutnya dengan esakan yang tertahan-tahan. Dia tidak tahu siapa yang berdiri di hadapannya kini. Yang penting dia perlu larikan diri daripada Asyraf.
“Are you okay?”  Mendengar suara garau, tetapi lembut itu menjadikan Humaira bagaikan terkena renjatan 
elektrik. Tangannya terkulai ke bawah. Lelaki! Itu yang paling dia risaukan. Lelaki itu masih memegang bahunya. Humaira menepis kasar dan dia cuba melarikan diri.
“Hey, you berdarah ni...” kata lelaki itu lagi. Nada suaranya jelas kedengaran bimbang.
“Ada orang kejar saya,” tutur Humaira. Semakin lebat air matanya turun.
“Hoi! Kau siapa?”  Humaira tahu dia sudah terperangkap. Jika lelaki ini tidak menghalangnya pergi, sudah tentu 
dia dapat meloloskan diri daripada Asyraf. Humaira tidak ada cara lain selain berlindung di sebalik lelaki tidak 
dikenali ini. Humaira berdiri di belakang lelaki itu. Tangannya yang menggigil memaut kuat lengan sasa lelaki yang dilanggarnya tadi.
Darriz memandang sekilas wanita yang menyorok di belakangnya. Sejuk dingin tangan itu jelas terasa biarpun 
berlapik dengan lengan baju kemeja yang dipakai. Dia tahu wanita itu sedang melarikan diri daripada lelaki 
bengis di hadapannya ini. Perasaan takut wanita itu meresap masuk ke jiwa lelakinya.
“Aku yang patut tanya kau siapa?” Darriz membalas keras. Mata Asyraf membuntang. “Maksud kau… kau kekasih dia?”  Darriz tersenyum. “Lebih daripada tu.”
“Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain menemani hidup kita tetapi, kita tidak sedar yang berada di hadapan kita itulah yang bakal menemani kita.

DIA SECRET ADMIRERKU!

1.DIA_SECRET_ADMIRERKU


DIA SECRET ADMIRERKU!
No. ISBN:- 978-967-0448-80-0
Jumlah muka surat:- 664
HARGA SEMENANJUNG: RM23
HARGA SABAH/SARAWAK: RM26
Sinopsis:-
Hidup Emy sentiasa diselubungi duka. Kata-kata nista dan makian yang dilemparkan oleh emaknya sudah menjadi makanan harian buatnya. Dia bukan sahaja didera emosi malah, juga didera fizikal.
Bahagia yang baru bersinar kembali suram bila kembar suaminya, Faiz meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kakaknya, Nadia hilang ingatan. Wajah seiras Ayie membuatkan Nadia menyangka Ayie itu suaminya dan Emy terpaksa menahan hati demi melihat Nadia kembali pulih sepenuhnya.
Emaknya pula mengugut dan memaksanya supaya melepaskan
suaminya, Ayie demi melihat Nadia kembali sihat seperti dulu.
Emy terpaksa dalam rela demi sebuah rahsia yang tersimpan selama ini. Apakah rahsia yang tersimpan selama ini? Benarkah Emy anak kandung Khadijah?
“Hah, termenung apa lagi tu? Kalau nak mengelamun bukan kat sini. Baru tinggal beberapa bulan kat KL tu dah tak tahu nak buat kerja rumah. Dah pandai nak tunjuk malas depan aku. Cepat habiskan kerja tu! Banyak lagi kerja yang menanti, jangan ingat nak duduk senang aja!”
Emy terus membisu. Namun tangannya semakin laju mengemas apabila dirinya ditengking begitu.
Usai membasuh pinggan mangkuk di dapur, dia bergegas pula ke ruang tamu. Segala tugas diletakkan di bahunya sendiri.
Mak Jah menghilangkan diri sebaik sahaja dia mengemas ruang tamu. Entah ke mana perginya, tidak dikahabarkan. Emy mengambil peluang itu dengan berehat sebentar, melepas lelah dan sesak di dadanya.
Sekilas, wajah Ayie yang sedang mengenyitkan matanya terbayang di mata. Emy tersenyum sendirian dan tanpa disedarinya Mak Jah sedang memerhati.
“Ooo... ini kerja kau, Emy. Pantang aku hilang sekejap, kau ambik peluang. Kau ingat, kau boleh hidup senang selepas kahwin nanti? Nak lari daripada aku, kau pikat jantan kaya. Dah gatal sangat nak menikah kau ni. Eeee...geramnya aku!”
Emy terkesima, tidak menyedari dirinya diperhatikan. Tapi kata-kata Mak Jah begitu menghiris tangkai hatinya. Mengapa begitu sekali kata-kata itu yang terluah daripada seoarang emak? Tidak pernah dia menawarkan cintanya kepada lelaki kaya. Cinta Ayie kepadanya juga tidak berbalas inikan pula ingin memikat anak orang kaya. Siapa agaknya lelaki kaya yang dimaksudkan oleh emaknya itu.
“Akanku tawan hatimu bak salju itu. Biar cair dan menjadi bah di lautan kasihku….”

TUKANG MASAK TUAN PUTERI

3.TUKANG_MASAK_TUAN_PUTERI
TUKANG MASAK TUAN PUTERI
No. ISBN:- 978-967-0448-81-7
Jumlah muka surat:- 512
HARGA SEMENANJUNG: RM20
HARGA SABAH/SARAWAK: RM23

Sinopsis:-
Menjadi tukang masak kepada Puteri Zulaika, mengundang padah apabila dia dipaksa menjadi suami kepada puteri tunggal Tuan Besar Darman.
Dengan alasan ingin menjadikan puterinya yang berlagak-sombong-demand tahap dewa itu kembali normal, Azrul menjadi mangsa.
Secara paksa rela dia menerima amanah ayah mentuanya. Dia tekad mahu mendidik si keras hati itu dengan caranya sendiri.
Puteri Zulaika pula sehabis daya mahu pulang ke istana semula. Tidak sanggup rasanya untuk terus tinggal di rumah Azrul yang panas macam oven.
Tidak sangka kehadiran tukang masak yang kekampungan itu membuatkan hidupnya berubah 300%!
“Lain kali, kalau I ada atau tak ada dekat sini, jangan suka-suka keluar masuk. Kalau you nak keluar ke sini, nak lalu sini.
Bagitau I dulu. Pakai telefon kat bilik you tu. Call I dulu. Faham?” Terkial-kial Puteri Zulaika menarik zip yang berada di bahagian belakang gaun.
“Tolong tarik zip I ni.” Selamba sahaja Puteri Zulaika keluar dari balik langsir dan membenarkan Azrul
menarik zip gaunnya. Nafas Azrul tersekat seminit tatkala menonton belakang badan tuan puteri yang putih gebu itu. Perlahan-lahan Azrul menarik zip itu.
“Tak cantiklah gaun ni,” komen Azrul tanpa selindung. Puteri Zulaika berpaling mengejut. Mukanya berubah merah tiba-tiba.
“Apa you cakap?”
“Betul… gaun ni nampak kuno. Macam budakbudak. Saya lagi suka tengok perempuan pakai baju kurung kain cotton. Nampak ayu aje,” tutur Azrul seikhlas hati.
“Excuse me… takkan I nak pakai baju kurung macam perempuan kat kampung you. I ni puteri raja, okey. Lelaki macam you ni,
memang tak tahu menilai kecantikan. Kolot!” bentak Puteri Zulaika apabila gaun yang dibelikan oleh bondanya dari luar negara itu dikatakan tidak cantik. Bengang sungguh!
“Saya bagi pendapat aje. Lagipun pandangan lelaki dengan perempuan berbeza. Saya memang suka perempuan pakai baju kurung.
Tak kisahlah kalau tuan puteri ni anak raja ke tak. Kita ni semua sama aje, kan? Kalau tuan puteri pakai baju kurung pun tak siapa nak larang. Lagi cun rasanya.” Azrul semakin berani.
“I tak ada baju kurung. I tak suka. Rimas!” Puteri Zulaika melabuhkan duduk di birai katil. Mukanya kelat sahaja seperti pisang muda.
“Tak apa… nanti saya suruh ibu saya jahitkan baju kurung untuk tuan puteri. Saya hadiahkan, ye?” Azrul mengukir senyuman lebar.
Mata Puteri Zulaika terbeliak. Isy... mamat ni beriaia pula dia.
“Tak payahlah. I memang takkan pakai punya. Dahlah, lebih baik you buat kerja you.” Puteri Zulaika bangun kemudian melihat dirinya di cermin.
“Betul ke gaun ni tak okey? Bonda I belikan dari luar negara tau. I ingat nak pakai yang ni esok. Tapi…”
“Tak cantik yang tu. Sumpah. Tapi, kalau yang ni saya suka.” Azrul mencapai gaun yang tersangkut di

SAYA PUJUK AWAK, OKEY?

SPAO
SAYA PUJUK AWAK, OKEY?
No. ISBN:- 978-967-0448-82-4
Jumlah muka surat:- 448
HARGA SEMENANJUNG: RM20
HARGA SABAH/SARAWAK: RM23

Sinopsis:-
Mulanya dikenali sebagai ‘pelesit SMK Jauhari’ oleh abangnya dan kini lelaki itu bertukar status menjadi suaminya. Mikhail pula mengenali gadis itu sebagai adik ‘jin tanah’, musuh abadi sejak dari zaman persekolahannya.
“Aku nak propose kau,” jawab Mikhail.
Luna ternganga, tidak faham. “Buat apa?”
“Nanti kalau orang tanya, senang kau nak jawab macam mana aku propose kau.” Jelas Mikhail.“Perlu ke?”
“Perlu! Dah, banyak soal la kau ni. Nah, ambil ni!” Jambangan bunga tulip itu dihulur kepada Luna. “Ambil!”
Jambangan itu beralih tangan.
“And….” Mikhail menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak kecil. Dibukanya kotak itu dan isinya ditunjukkan kepada Luna.
Bulat mata Luna tatkala melihat cincin platinum yang dia tengok di kedai emas tempoh hari! RM2,999!
“Nur Luna, marry me. Kahwin dengan aku.”
“Memandangkan kau tak nak, aku prepare tilam lipat tu.” Mikhail menjuihkan mulutnya pada bungkusan tilam baru yang belum dibuka. “Jauh lebih selesa daripada cadar kat bilik kau tu. Thanks to me.”
“Meja kerja ni... aku tak guna sangat pun sebenarnya. You may use it anytime. Kau nak buat apa-apa, ikut suka hati kau. Kau nak tidur atas ni pun, aku tak larang. Thanks to me again.” Mikhail bangun dari duduknya.
“Rak buku ni....” Jari Mikhail menuding satu per satu buku yang tersusun rapi. “Aku tak pernah baca pun sebenarnya. Most of them, papa yang bagi. You may read them anytime. Thanks to me again.”
“Hijau pokok kerana klorofilnya, terang bulan kerana mataharinya, aman rumah tangga kerana suami isterinya, bahagia Mikhail kerana Lunanya.”

DAN BILA AKU JATUH CINTA

QASEH-NURALIA-IMANI
DAN BILA AKU JATUH CINTA
No. ISBN:- 978-967-0448 -83-1
Jumlah muka surat:- 600
HARGA SEMENANJUNG: RM21
HARGA SABAH/SARAWAK: RM24

Sinopsis:-

“Pada firasat dan pandangan hati saya la cikgu, cikgu asyik pandang saya aje kat kelas tadi. Sekarang ni cikgu tanya hal peribadi saya pulak. Cikgu minat kat saya ek? Macam ni la, cikgu. Saya bukan tak suka kat cikgu, tapi saya tak minat kat cikgu. Sorry...”
“Ehem! Kalau tu anggapan awak kat saya, memang awak silap besar la. Maaf. Saya pun tak ada perasaan kat awak. Walaupun sebesar kuman. Tolong jangan perasan, ye. I’m not interested with you. You are my student. And you are definitely not my taste.
Siot kau, Arief! Aku pun tak hinginkan kau. Bukan hensem sangat pun! Tapi, hensem la jugak. Eee... kenapa la member aku boleh duk minat kat kau yang angkuh macam ni?
Syazana memang boleh buat dia jadi gila. Niat aku just nak bagi kau nasihat. Tapi, ni pulak yang terjadi. Tetapi, apa yang boleh membuatkan dia berdebar adalah senyuman Syazana. Walaupun senyuman mengejek, tetapi penuh berbisa! Fuh... boleh ‘cair’!
~Aiman Asyraf~
Aiman tergelak dengan sinis, “Senangnya bagi kau, dendam aku pada kau akan hilang bila....” Aiman menghentikan ayat, dia mendekati Syazana, mendekatkan tubuhnya dengan Syazana “Bila kau tinggalkan Arief sama macam kau tinggalkan abang aku”.
~Iyntan Syazana Athirah~
“Bila masa aku mengaku yang aku mencintai kau, kau ini memang bodoh, senang sangat jatuh cinta pada seseorang, patutlah Adriana tinggalkan kau sebab kau ini terlalu obses. Aku tidak pernah mencintai kau, kau cuma satu permainan untuk aku. By the way aku dan Aiman kami akan bertunang, so aku harap proses penceraian kita berjalan dengan lancar” Syazana berkata dengan bongkak.
~Arief Hakimi~
“Kau memang perempuan yang paling kejam yang pernah aku jumpa, jangan berharap untuk aku menceraikan kau sebab aku akan gantung kau tak bertali seumur hidup kau, kau tak mungkin dapat berkahwin dengan Aiman seumur hidup kau”
“Sekali aku jatuh cinta, selamanya dia akan tertanam di dasar hati. Tetapi, mampukah aku menggapai cinta ini untuk kau hayati?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...