Rabu, 5 November 2014

RAUDHAH

Raudhah

Tajuk : Raudhah
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0468-0

Sinopsis
JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.

Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.

AWAK PENGANTIN SAYA

Awak Pengantin Saya!

Tajuk : Awak Pengantin Saya!
Penulis : Ainul Hazrah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-124-989-5

Sinopsis
​​Manja, sengal, tidak tahu membuat kerja rumah dan suka menyuruh orang mendenda diri sendiri, itulah Nurul. Jangankan hendak buat kerja, makan pun kadang-kadang masih bersuap!

Bagi mengelak dikecewakan oleh Fadzley, Nurul telah telah dipaksa bernikah dengan Fandi yang digelarnya ‘Keropok masuk angin’. Penampilan Fandi memang selebet, tetapi ada sesuatu yang menarik cuba disembunyikan.

Bila Nurul cuba membuat kerja, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Gosok baju, baju boleh terbakar. Bila memasak, terpercik minyak. Bahkan menjerang air pun sampai penuh satu cerek.

Nurul yang malas bangun pagi begitu menguji kesabaran Fandi. Namun, dia terpaksa hadapi kerana berpegang pada amanah. 

BUKAN SALAH CINTA

Bukan Salah Cinta

Tajuk : Bukan Salah Cinta
Penulis : Liza Zahira
Harga : RM27.00
ISBN : 978-983-124-988-8

Sinopsis
​​Megdelina, gadis manis yang jadi perhatian. Memang ramai lelaki yang cuba mengusiknya tapi dia tidak peduli. Cuma usikan Yusoffe dia rasa lain macam. Ini bukan kes mengusik tetapi kes menyakitkan hati. Jenis mulut longkang! Megdelina tidak akan jatuh hati pada orang begini. Dia hanya mengharapkan lelaki yang berbudi dan berhemah tinggi.

Namun Yusoffe ingin melamarnya. Permintaan itu terlalu berat! MenerimaYusoffe bererti dia mengecewakan Emmareeza, adiknya yang menaruh kasih pada lelaki itu. Sama ada dia pasrah atau tidak, pasti ada hati yang akan terluka.

Pada masa yang sama, Chef Syafil turut menaruh perasaan terhadapnya. Namun, dia menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan jiran yang paling baik.

SAYANGKU CIK TIRAMISU

Sayangku Cik Tiramisu

Tajuk : Sayangku Cik Tiramisu
Penulis : Herna Diana
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-124-987-1

Sinopsis
​​19 tahun. Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula. Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bersua kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu! Sejak itu, entah kenapa makin terjadi-jadi pula pertemuan mereka. Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran.

Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan, masing-masing terkedu saat bertemu pandang. Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya. Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya?

Sejak pertemuan itu, makin kerap Faiz memburu Intan. Balik-balik, Faiz ajak kahwin. Rimas pula Intan jadinya. Tapi kata bijak pandai, usaha tangga kejayaan. Akhirnya Intan menerima lamaran Faiz.

Masuk ke dalam keluarga mertua, dunia Intan tidak seindah dijangka. Jika ibu mertuanya bersikap A, ayah mertuanya pula berperangai B. Bertambah parah dengan si adik ipar yang berkelakuan C. Naik pening Intan jadinya. 

JEJAKA BAJET BAGUS

Jejaka Bajet Bagus

Tajuk : Jejaka Bajet Bagus
Penulis : Amiza Anaz
Harga : RM21.00
ISBN : 978-983-124-978-9

Sinopsis
Widya seorang yang begitu cekal dalam menempuhi hidupnya. 10 tahun yang lalu, kebahagiannya direntap begitu sahaja. Shahriman, ayahnya disahkan strok angkara perbuatan aniaya oleh rakan perniagaannya yang cemburu melihat kebahagiannya bersama Suhana. Kehadiran Fahimi pula entah dari planet mana, lagi menyesakkan hidupnya. Tidak sudah-sudah menyakitkan hatinya! Mereka langsung tidak boleh bertemu. Namun, setiap pertemuan pasti berlaku sesuatu. Ironinya, Fahimi selalu menjadi penyelamat dan menyelesaikan masalah gadis itu. Cinta lamanya pula, Akaff masih menagih cinta Widya. Begitu banyak dugaan yang menimpanya. Dan yang paling mengejutkan, dia mengambil keputusan drastik untuk berkahwin secepat mungkin bagi menyelesaikan semua masalah. Mudah! 

MR. BOSS MISS STALKER

MR_BOSS_MISS_STALKER

MR. BOSS MISS STALKER
No. ISBN:- 978-967-0448-75-6
Jumlah muka surat:- 536
HARGA SEMENANJUNG: RM21
HARGA SABAH/SARAWAK: RM24


Sinopsis:- Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek
pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran.
Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.
Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta
kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.
Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya.
Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?
“Antara nyata dan mimpi...
Ada hati yang ingin kutawan...
Tapi, dalam lain dimensi...
Hatiku kau jadikan tawanan….”

CINTA TANPA NOKTAH

CINTA_TANPA_NOKTAH

CINTA TANPA NOKTAH
No. ISBN:- 978-967-0448-76-3
Jumlah muka surat:- 568
HARGA SEMENANJUNG: RM23
HARGA SABAH/SARAWAK: RM26

Sinopsis:-
Durrah, seorang gadis kampung membawa diri ke kota metropolitan, Kuala Lumpur setelah cintanya dikhianati oleh tunangnya sendiri.
Perkenalan dengan anak majikannya, Adam membuatkan Durrah terbuai dalam kisah cinta yang direka sendiri. Adam pula menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh ahli keluarganya.
Mereka kemudiannya terikat dalam sebuah perkahwinan. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Adam? Dan sejauh manakah hati Durrah dapat bertahan dengan layanan dingin Adam?
“Biarpun aku selalu menjadi orang yang kedua dalam hatimu, kau tetap yang pertama dan terakhir dalam hatiku.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...