SEMENANJUNG: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00
Sinopsis:
Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa tunang tercinta telah menghumban Aiman Syakiri ke lembah sepi. Angan-angan dan impian yang dicoret bersama hancur dalam sekelip mata. Kosong dan gelap dirasakan hidupnya tanpa kehadiran wanita tercinta itu. Laila Marlisa pula datang dengan linangan air mata yang mengalir lesu dipipinya menidakkan rasa hati yang tercoret dalam diarinya di hadapan kakaknya di saat segalanya sudah terlambat.
“Laila cintakan you… I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.” ~Laili Nurlisa.
“Diari tu tak betul kak long… kak ngah tipu aje...” ~Laila Marlisa.
Ternyata aturan ALLAH itu lebih dari segala-galanya. Ikatan perkahwinan dan mahligai yang dibina langsung tidak memberi apa-apa makna di hati Aiman Syakiri, lantas Laila Marlisa bertindak pergi membawa diri. Perginya membawa cinta yang sejak sekian lama sudah mekar di laman hati. Pergi demi kebaikan semua.
“Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah!… berhambus kau dari hidup aku!” ~ Aiman Syakiri.
Perlanggaran di hadapan balai ketibaan antarabangsa KLIA telah menemukan semula kedua-dua insan itu selepas empat tahun segalanya berlalu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Ada rasa yang mula berdetak di hati Aiman Syakiri. Ada kenangan yang mula mekar di jiwa Laila Marlisa. Rasa benci yang sudah dipupuk sejak sekian lama, sedikit-demi sedikit mula meluntur.
Tapi siapa pula Emelda? Siapa Amir Idzham dan Hakim? Akan adakah sinar bahagia buat dua hati ini? Akan berlalukah perit yang selama ini membelenggu relung hati Laila Marlisa?