Rabu, 12 September 2012


SUAMIKU VAMPIRE

Sem. Malaysia: RM22
Sabah/Sarawak: RM25


“Danish Aniq, siapa tak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi bila malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa.”
Itulah yang sering diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lidya yang baru berpindah di kawasan itu. Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah. Sikit pun tak ada kaitan dengan dirinya.
Pertemuan kali pertama dengan Lidya, telah melahirkan rasa cinta di hati Danish. Danish berusaha mendekati Lidya. Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu. Saat itu, dia mula memasang agenda. Agenda yang pasti akan membuatkan Lidya hadir di hadapannya.
Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak diduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini. Lidya yang telah bertakhta dalam hati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya. Namun, Lidya tetap di ingatan Danish. Lidya haknya.
Takdir Allah, siapa yang dapat melawan. Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan. Danish dan Lidya ditakdirkan bersama. Walaupun Lidya bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya. Lidya juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish. Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang baru mereka kecapi tidak berpanjangan. Ada satu rahsia yang telah terbongkar. Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lidya untuk Danish.
Kejadian apakah yang dialami Lidya dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lidya haknya? Rahsia apa yang telah terbongkar dan menyebabkan Lidya membenci Danish? Dapatkah mereka mempertahankan rumah tanggan yang baru dibina? Dan, betul ke apa yang dikata orang selama ini? Danish itu manusia atau vampire?


11/08/2012

SELEPAS KAMU

Sem. Malaysia: RM19
Sabah / Sarawak: RM22

Alia: “Kenapa hati ini dicipta untuk disakiti berkali-kali? Tidak sanggup rasanya untuk terus disakiti begini. Ya Allah hanya Kau yang mengerti betapa sengsaranya diri ini hanya kerana menagih cinta sejati daripada makhluk bernama manusia.

Tengku Azril: “Alia… Aril bukannya lelaki yang sempurna pun. Namun apa saja yang Aril beritahu Alia sebelum ni, tak ada satu pun dusta. Semuanya benar. Setiap hari Aril mengingati Alia…”

Haqimi: “Tapi kalau Alia berdegil nak bayar juga Qimi terima. Cuma bukan bayar dengan duit tapi Alia kena jadi isteri Qimi.”

Alia pernah bahagia dengan cinta pertamanya, Tengku Azril. Angan-angan mereka musnah untuk hidup bersama atas angkara ibu Tengku Azril sendiri. Lebih teruk, Alia dihalau oleh keluarganya. Lantas dia membawa diri ke Kuala Lumpur.
Tanpa diduga Haqimi hadir mengetuk pintu hatinya. Alia teragak-agak untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Namun, sebelum dia sempat merasai kebahagiaan bersama cinta kedua, sekali lagi Alia diuji. Haqimi tiba-tiba menghilangkan diri. Lebih bingung dia secara tidak rela menjadi tunang Faris iaitu abang Haqimi sendiri.

Dalam penantian menunggu Haqimi kembali semula kepadanya, Alia dikejutkan dengan kehadiran Datin Zaidah, wanita yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya untuk hidup bersama cinta pertamanya. Wanita itu meminta pertolongan Alia agar memujuk Tengku Azril balik ke Malaysia selepas hampir empat tahun tidak pulang ke tanah air.

Ternyata pertemuan Alia dengan Tengku Azril bukanlah pertemuan biasa. Tengku Azril benar-benar ingin memujuk Alia agar kembali kepadanya semula. Hidup Alia yang tenang tiba-tiba menjadi resah dek tiga lelaki dalam hidupnya. Faris, tunang tidak sengaja Alia. Haqimi, bos dan kekasihnya. Tengku Azril, bekas kekasih merangkap tunang tidak jadi.

07/08/2012

CINTA TAK SEMPURNA

Sem. Malaysia: RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00

“Aku tak bersalah! Aku tak buat semua tu! Sumpah! Aku tak buat benda jijik ni.”

Zaliya terperangkap. Sungguh, dia tidak lakukan. Dia tahu, adabnya sebagai gadis Muslimah. Harga dan maruah dirinya dijaga rapi, namun semuanya hancur bila semua itu tercalar bila dia dituduh berkhalwat.

Demi menutup aib keluarga, dia terpaksa disatukan dengan lelaki yang langsung tidak dicintainya. Hubungan suami isteri hanya pada nama. Mana mungkin dia dapat terus berdamping dengan lelaki ego, bengis, sombong dan angkuh seperti Zahid. Apatah lagi, sikap Zahid yang acuh tidak acuh membuatkannya rasa sedikit goyah dengan layanan Zahid.

Tanpa disedari, di hati masing-masing telah mula timbul bibit-bibit cinta. Keegoan menjadi penghalang hubungan mereka daripada terus berputik.

Zahid sudah tidak mampu lagi untuk menipu perasaannya. Dia tepikan ego untuk memikat hati isterinya. Pelbagai cara diusahakan sehingga hati si isteri berjaya ditawan.

Namun, di saat hati mereka mula bersatu, ada sahaja rintangan demi rintangan yang menghalang hubungan mereka berdua. Cinta yang baru bermula itu kembali jauh. Kembali menampakkan jurang.

Mampukah untuk mereka teruskan hubungan itu? Adakah rintangan-rintangan yang melanda mampu menguatkan lagi rasa kasih dan sayang yang sudah menebal? Atau, cinta mereka sebenarnya cinta yang tak sempurna.

16/07/2012

BAKAL ISTERIKU, GENGSTERNYA!

Sem. Malaysia: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00

Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.
Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakan Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring?

TAKKAN PERNAH HILANG

Sem. Malaysia: RM21.00 
Sabah/Sarawak: RM24.00

FARIZ - Cinta yang terpendam buat Maisara tak pernah pudar walaupun dia telah memilih orang lain sebagai isterinya. Demi sebuah rahsia yang tersimpan, dia rela kehilangan sebuah cinta. Namun, takdir menetapkan dia harus bersama semula dengan Maisara. Tetapi, menambat hati Maisara tidak semudah seperti dahulu. Hati Maisara sudah terkunci rapat buatnya.

MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.

“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”

“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”

Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...