HATI KE HATI
Sem. Malaysia: RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
“Mana yang lebih utama? Pilihan mama buat kali terakhir atau pilihan hati cinta sejati?”
Cinta adalah milik semua insan tanpa mengira perbezaan darjat, keturunan, usia, bangsa, mahupun agama. Cinta Hafizul kepada Nora Azira bagaikan cahaya yang bakal menerangi suram dan menikam sukma. Namun cinta itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya.
Bagai gumpalan mega kelabu mahu menghempap bumi cintanya, Hafizul terpaksa bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis pilihan ibunya. Jiwa Hafizul penasaran. Bagaimana mahu mengukir madah berhelah, mencipta resIpi seribu ungkapan manis bakal dipersembahkan kepada dewi cintanya.
Dalam masa yang sama, Nora Azira mengalami situasi yang sama. Namun bagi Nora Azira, pilihan kedua-dua orang tuanya adalah calon suami yang terbaik, pengukur cerah masa hadapannya. Nora Azira berdoa dan pasrah kepada takdir Allah.
“Aku sanggup terima kenyataan bahawa jodoh kita tiada. Kau ikutlah kehendak orang tuamu, Hafizul. Cintaku tetap utuh untukmu. Aku akan mendoakan kau berbahagia dengan pilihan orang tuamu. Aku sendiri, kalau ada jodoh, aku akan berkahwin. Kalau sebaliknya, biarlah masa yang menentukan.”
Dapatkah cinta Hafizul dan Nora Azira kembali bertaut erat? Apakah sikap patuh kepada orang tua dapat menjana kebahagiaan dalam istana cinta yang dibina? Berbaloikah pengorbanan mereka? Dapatkah perasaan yang berada di hati, akan terus kekal di hati?
CINTA HATI CIKGU RABBIT
Sem. Malaysia: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
“Err... excuse me. Boleh tanya tak? Di mana... Cikgu Rabbit?” tegur Jo.
Wajahnya tegang, seolah-olah tidak senang dengan perkataan yang digunakan itu. “Encik nak jumpa siapa ya?” soalnya semula meminta kepastian.
“Cikgu Rabbit. Cikgu baru yang mengajar anak saya yang berusia enam tahun.”
“Eh, kat sini mana ada Cikgu Rabbit? Maaflah, saya rasa encik ni dah salah sekolah,” tempelak gadis yang berdiri di muka pintu itu. Sungguh kurang sopan. Apa rabbit-rabbit? Suka-suka dia nak panggil aku macam tu, ingat aku ni keturunan rabbit ke? Rabbit jadian... Ada ke patut! Dia menggerutu dalam hati.
Jo terkejut. Gara-gara Siti Qistina, tak pasal-pasal dia kena sebiji.
Rabytha Amani a.k.a. Cikgu Rabbit telah mengalami satu transformasi. Daripada seorang wartawan majalah, terkejar-kejar ke lokasi mencari bahan berita, dia diwasiatkan untuk mengambil alih pengurusan sekolah tadika peninggalan arwah maknya. Bagaikan sirih pulang ke gagang. Di situlah perjalanan hidupnya bermula. Dikurniakan cinta hati, satu anugerah yang tidak boleh ditukar ganti.
Jo tidak sedar, sejak bila hatinya terpaut. Makhluk ciptaan Tuhan yang cukup istimewa. Mulut terkunci, hilang segala aksara. Hati terus berbicara, tanpa suara. Kita berperang secara psikologi. Tanpa bedilan peluru atau dentuman bom. Selepas bertahun-tahun, kita bersua lagi. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Jalan hidup yang mereka pilih ternyata punya liku-likunya. Ada onak terhampar. Ada gelora membadai. Ada harga yang belum terlunas. Andai tewas, punahlah segala pengharapan. Antara mereka ada Ainur Sharita yang sudah nekad sejak dari mula, Jo hanya miliknya seorang!
Adat kehidupan, ada pertemuan dan perpisahan. Rabytha pasrah, siapalah dia untuk mengubah takdir-Nya. Apa yang diharapkan, entah bila akan menjadi kenyataan. Bukan sentuhan luaran cuma perhatian dan kasih sayang seperti apa yang Dr. Iskandar hulurkan. Namun, biarpun berbaris yang mampir, Rabytha tidak mungkin berpaling demi cinta hati kurnia-Nya. Namun, adakah jodoh itu bersama dia dan Jo, sebagaimana diingin hati?
03/09/2012
SAAT JATUH CINTA
Harga: RM19 / RM22
Adakah aku telah jatuh cinta?
Iskandar – Dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak di zaman kanak-kanak. Kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupannya selama berpuluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seseorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya, dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta kepadanya hanyalah palsu dan bersifat sementara. Tanpa cinta, dia mampu meneruskan kehidupan. Tanpa cinta, dia juga mampu memperoleh kejayaan. Namun, segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa.
Arissa – Hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka, ada duka. Namun, masih boleh dikategorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun, ada satu rasa bermain di hati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu mengganggu kesenangan hidupnya.
Cinta – Mengenali cinta buat Iskandar dan Arissa yakin dengan perasaan yang dimiliki mereka. Namun, saat Iskandar meluahkan rasa, Arissa pergi meninggalkannya. Tanpa rela, Arissa terpaksa melepaskan Iskandar. Kalau itu jalannya, dia sanggup.
Adakah bayangan masa silam akan kembali mempengaruhi Iskandar? Mampukah Arissa menanggung rasa hati biarpun terasa sakit? Akan kembali bersatukah perasaan yang ada dalam diri mereka berdua? Apakah rasa jatuh cinta akan kembali dirasai oleh mereka? Andai jatuh cinta itu perlukan pengorbanan, mampukah salah seorang daripada mereka berkorban?
Kisah Hati
Tajuk: KISAH HATI
Harga: RM24 / RM27
Harga: RM24 / RM27
“Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang,” ujar Naqira perlahan, merendah diri.
“Tak ada manusia yang sempurna, Qira.”
“Tapi Qira lain.”
“Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu dalam hati abang.”
Aduh… romantiknya dia! Bahagialah hidup ini seandainya sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu, gembira dalam segan. Dia bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai, sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya? Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarganya yang tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk selama-lamanya...?