NO TRACKING PENGHANTARAN
Selasa, 9 Disember 2014
MISI REBUT HATI
Tajuk: MISI REBUT HATI
Penulis: Nuriz Aida
Harga: RM21.00
Terbitan: Alaf 21
Sinopsis:
Syed Ikram Hakimi mempertaruhkan segala-gala untuk mencari kepuasan hidup. Jiwa muda membuatkan dia mudah tergelincir dari landasan sebenar. Baginya, muda hanya sekali. Jika tidak dinikmatinya sekarang, bila tua tiada maknanya lagi. Malah demi membuktikan dirinya bukan hamba cinta, dia juga sanggup menyahut cabaran sesiapa sahaja.
Kehadiran Aleesya Arianna membuatkan Ikram berpaling dua kali. Gadis itu ibarat jinak-jinak merpati. Malah mampu menjadi mawar yang berduri. Mendekati gadis itu membuatkan hati lelaki ini bergetar hebat. Dalam masa yang sama, dia perlu membuat pilihan.
Ketika hati mula menerima cinta, dia terpaksa menelan racun yang diciptakannya sendiri. Benar kata orang, ‘terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya.’ Sekali lagi Arianna terluka. Tapi kali ini dia sudah bersedia. Manusia seperti Ikram tidak layak mendapat cintanya.
Bagi Ikram, semua manusia berhak mendapat peluang kedua. Dia tidak sanggup membiarkan cintanya hilang begitu sahaja. Bagi Arianna pula, cinta di dalam hatinya sudah tiada makna lagi. Biarlah dia sendiri menanggung lara ini!
Saat bidadari pergi… matahari tak lagi menyinari… awan tak secerah yang kuimpi… hujan renyai terus membasahi… saat itu yang kutakuti… bimbang bidadari tak lagi kembali… menemani diriku lagi…
0
Comments
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)