Selasa, 14 April 2015

KERANA KAU

WEBSITE_KERANA_KAU

KERANA KAU
No. ISBN:- 978-967-0448-98-5
Jumlah muka surat:- 608
HARGA SEMENANJUNG: RM22
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, 

Sinopsis:-

“Kalau nak aku terus tinggal dekat sini, aku nak bilik lain. Aku tak suka bilik ni. Dan aku benci warna ni. Dan aku juga paling benci kalau orang nak buat baik dengan aku.” – NUR AYUNI BALQIS

“Mungkin kau dah hilang ingatan. Sekarang ni aku nak ingatkan balik. Sejak dua hari lepas aku Fariz Iskandar Leo dah menjadi suami yang sah kepada Nur Ayuni Balqis, jadi mulai saat ini sama ada kau suka atau tak, kau kena bagitau aku ke mana saja kau nak pergi. Kalau aku izinkan baru kau pergi.” – FARIZ ISKANDAR LEO

“Yuni kenapa hati Yuni sekeras ini. Papa minta maaf, apa yang dah papa lakukan pada Yuni. Papa buat semua ni untuk Yuni. Dan papa yakin Fariz boleh bahagiakan anak papa ni.” 

Ayuni mencebik. Dua wajah yang masih kekal memandangnya itu langsung tak dihiraukan.

“Bahagia? Perkataan tu dah lama hilang. Dan jangan ingat saya ikut semua percaturan Dato ni maknanya saya nak bahagia. Saya buat sebab saya nak tengok Dato dan perempuan ni menderita! Selamanya!” jerit Ayuni lagi. Entah kenapa ayat itu keluar daripada mulutnya. Dia sendiri tak dapat mengawalnya. 

Di hujung tangga ada telinga yang dari tadi menjadi pendengar. Kaku. Soalan yang dulunya bermain di fikiran muncul kembali. Kenapa terlalu tebal rasa benci dalam hati Ayuni? Kenapa?

Ayuni melangkah keluar meninggalkan Teratak Kasih. Dia perlu bernafas. Ketika ini dia terasa nak gila! Ya memang dia akan gila.

“Jangan mencari-Nya kerana inginkan jawapan. Carilah Dia kerana kita tahu bahawa Dialah jawapan pada semua persoalan.”

PROPOSAL CINTA SELAMANYA

WEBSITEPROPOSAL_CINTA_SELAMANYA

PROPOSAL CINTA SELAMANYA
No. ISBN:- 978-967-0448-97-8
Jumlah muka surat:- 608
HARGA SEMENANJUNG: RM22 , 
HARGA SABAH SARAWAK: RM25,

Sinopsis:-

Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Dia bercita-cita ingin mengumpulkan modal yang cukup untuk membina perniagaannya sendiri. Semua tak penting lagi dah. Hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk aje.

“Pernah dengar quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect.” –ZAIM.

Bila tengah sibuk bekerja, dia bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir berdarah Jawa tak kalah ganteng tapi sekejap ada sekejap tak ada. Hati wanitanya tercuit juga, tetapi... Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.

“Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi.” – LEO.

Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu.

“Aku cakap yang benar, dik. Kau tu satu-satu anak perempuan abah. Carilah bakal suami yang boleh diharap sikit. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai… boleh bergelumang dengan bau ikan sungai. Ah, pendek kata yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni ha….” Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.

Amyra pegang kata-kata alongnya tu. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang ada dalam hati Amyra?

“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.”

PEMBANCUH KOPI MR VAMPIRE

PEMBANCUH_KOPI_MR_VAMPIRE

PEMBANCUH KOPI MR. VAMPIRE
No. ISBN:- 978-967-0448-94-7
Jumlah muka surat:- 712
HARGA SEMENANJUNG: RM25 
HARGA SABAH SARAWAK: RM28

Sinopsis:-

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermatimatian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.”

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup.

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”
“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”
“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”
“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”
“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”
“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”
“Tak.”
“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”
“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”

Rabu, 25 Mac 2015

ISTERI DAMBAAN DIA


RM26/29SS




Melihatkan Artini riang melayan Amalin, Nediesha senyum sahaja.  Dia turut tercuit melihat keletah manja Amalin.  Lucu melihat si kecil ketawa saat diagah.
           
           “Kak Tini…..” panggil Nediesha pada kakaknya.
           
          “Emmm…” Artini jawab dengan deheman lembut.
          
        “Diesha teringin nak ada anak macam Amalin. Diesha nak lahirkan anak buat Rifqi.”
      
         Artini tersentak.  “Syhh! Diesha jangan cakap pasal Rifqi kat rumah nanti mama dengar. Kita kan di ruang tamu ni.”
    
         “Mama di tingkat atas. Kat bilik home teater. Layan DVD dengan daddy.”
  
          “Kenapa sampai berangan nak lahirkan anak buat Rifqi ni? Jauh nampaknya impian Diesha…”
 
            “Kami dah declare.”
 
            Terkedu si kakak tapi masih berlagak natural. “Bila?”
 
            “Minggu lepas.”
 
            “Diesha tak bertepuk sebelah tangan? Hemm..tapi berani pula Rifqi ni nak bercinta dengan anak jutawan.”
 
            Nediesha kacip gigi.  Berbahang hatinya dengan sindiran pedas Artini. “Kak Tini jangan mendabik dada dengan harta keluarga kita sehingga merendahkan orang lain. Rifqi tidak hina dengan sambut cinta Diesha. Dia telah buktikan yang dia bukan lelaki pengecut.”
            
        “Diesha tengok Kak Tini ni sombong plus bongkak ke? Kak Tini cakap macam tu sebab Kak Tini yakin tak ke mana pun hubungan Diesha dengan dia. Kalau Diesha ingin tahu natijahnya naik atas beritahu mama sekarang,” cabar Artini keras.
        
       Nediesha ketap bibir. “Kenapa dengan Kak Tini ni? Asyik bangkang, asyik bantah. Mengapa tak mahu sokong Diesha? Kalau begini gayanya Diesha serik nak kongsi cerita dengan akak.”
         
        Tersilap percaturan Artini sedar keterlanjuran.  Lupa dia akan nasihat suami supaya berlembut dengan adiknya.  Nasihat biar berhemah.  Lengan Nediesha diraih.  Dielus lembut.  “Maafkan Kak Tini. Bukan Kak Tini tak mahu fahami Diesha tapi Kak Tini takut kehilangan adik akak ni.”
     
       Kolam mata Artini yang bergenang bintil jernih ditangkap bebola mata Nediesha.  Kakaknya sebak tiba-tiba menimbulkan rawan di hatinya. “Kak Tini tak akan hilang Diesha meskipun Rifqi yang Diesha pilih untuk kemudikan hidup Diesha.”
 
            “Diesha….kalau akak sudah terasa ngilu fikirkan cabaran yang perlu Diesha tempuh untuk bersama Rifqi manakan Kak Tini sanggup tengok Diesha menempuhnya sendiri di depan mata akak.”
 
            “Kak Tini jangan biarkan Diesha jatuh tika melaluinya. Pimpin Diesha. Bantu Diesha jika Kak Tini nak lihat Diesha bahagia,” pinta Nediesha sarat dengan pengharapan.
 
            Mereka berdua bersabung pandang.  Artini tak mampu lawan sebak.  Terngiang kembali kata-kata bapanya. ‘Ya…sebab daddy wali Diesha tapi jangan salahkan daddy andainya adik kamu tu akan kehilangan semuanya.’
 
Empangan matanya pecah.  Hujan halus turun perlahan membanjiri pipi.  Begitu juga Nediesha.  Galau hatinya mendengar esakan kakak tercinta.  Artini paut tubuh Nediesha ke dalam pelukan.  Mereka berdakap erat disaksikan Amalin yang leka bermain permainannya.




SETULIS KASIH INDAH


SETULUS KASIH INDAH

RM25/28SS

“Kau rapat dengan anak aku kerana kau nak kesenangan hidup, bukan? Kau nak kikis semua kekayaan anak aku, betul tak?”Kerana terhutang budi, Indah Nur Sakinah tercampak di Seoul bersama hati yanglara. Bukan niatnya mahu pergi meninggalkan Hadif Rykal dalam keadaan tertanya-tanya. Namun, kerana mereka terlalu berbeza, dia dilayan bagaikan seorang pengemis jalanan. 5 tahun berlalu, dia kembali ke Malaysia. Sayangnya cinta Rykal sudah temui tarikh luputnya.“Aku pernah menjadi pencinta yang setia Indah tapi setia aku dipersiakan hinggaaku terkapai-kapai dalam lautan kesakitan. Aku berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada lautan itu Indah dan aku tak rasa yang aku boleh jadi pencinta setia kembali...”Indah cuba sedaya upaya menawan kembali hati lelaki itu. Ikatan yang sah memudahkan lagi dirinya untuk mendekati Rykal namun sayangnya segala usahanya dipandang sepi. Lelaki itu terusan menuduhnya macam-macam. Saat hatinya sudah mula belajar melepaskan Rykal pergi, nyawanya hampir melayang kerana satu kejadian. Kejadian itu telah membongkar semua rahsia yang disimpan rapi selama ini. Rahsia yang membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Rahsia yang menyebabkan dia menjadi seorang pengemis cinta Rykal. “Please, jangan mengalah dengan aku. Kau sendiri cakap yang cinta kau tak adatarikh luputnya. Bantulah aku Indah. Temanlah aku dalam mencari cinta kita dulu...”“… I tak rasa ia akan berjaya. Dendam you tu dah terlalu dalam dan I tak yakin yang kita masih boleh jadi seperti dulu ...”Apa yang akan terjadi akhirnya? Mampukah cinta memadamkan dendam di dalam hati mereka? Sesungguhnya maaf itu anugerah terindah yang Allah kurniakan untuk semua insan di muka bumi ini, tapi mampukah kemaafan mengembalikan cinta yang menghilang?





Sabtu, 7 Februari 2015

CINTA SI GADIS DOBI




HARGA RM24/27SS


ARDINI SYAZA, gadis periang dan manja. Suka buat kesimpulan tanpa bertanya. Dunia hari-harinya hanyalah Armada dan Kedai Dobi Mesra. Hinggalah suatu hari, dia bertemu dengan seorang jejaka yang membuat hidupnya huru-hara. 
"Nama?" soal Dini.
"Ajad." "Huh? Abjad? Dalam banyak-banyak nama, Abjad nama kau." Dini ketawa terbahak-bahak. Tak selindung langsung.
"Ajad. A-J-A-D. Nasib aje kau ni cun tau," tempelak si pemilik kasut biru. Geram.
"Telefon?" Dini tahan sabar. "012-7771717. Keep in mind. Manalah tahu kau rindu kat aku." Si pemilik kasut biru kenyit mata.
AJAD SAFIY, baru pulang dari luar negara setelah bosan merantau. Auranya kuat. Suka mengusik dan mudah mesra tapi belum bersedia untuk terikat dengan mana-mana perempuan sehinggalah bertemu Ardini Syaza. 
“Ardini Syaza. She's our great accountant, Ajad,” beritahu Dato' Salleh.
“What?!” Ajad rasa macam nak terjun bangunan lima belas tingkat itu. Gadis dobi tu akauntan? Aduhhh… mana nak letak muka ni. Dahlah dia mengutuk Dini kaw-kaw. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal mulalah suka. Ardini tak mahu, tapi Ajad tetap nak juga. Tatkala Ardini dah boleh terima, Ajad pula tunjuk perangai dia. Bermulut manis dengan semua wanita buat Ardini curiga. Tapi, Ajad kata.. hati dia hanya untuk Ardini. Cuma Ardini yang suka buat kesimpulan sendiri. Jadinya, nak salahkan siapa?


DIA PELENGKAP HIDUPKU



HARGA RM25/28 SS
“I nak you rasa bagaimana sakitnya bila suami you dirampas orang lain.- Dayana
“Aku tak akan biarkan kau hidup senang!” - Zayn
Luthfi Irsyad dan Amanda Qistina. Hubungan mereka tidak mudah. Lebih payah bila orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka kembali menagih peluang kedua. Peluang yang hanya akan merosakkan rumahtangga mereka Tapi bagi Luthfi Irsyad, Dayana itu hanyalah sebuah kisah silam yang dia tak mahu ulangi lagi. Masa depannya ialah Amanda Qistina. Bagi Amanda juga, dia tak mungkin akan maafkan Zayn yang telah banyak menyiksanya. Bahagianya kini hanyalah bersama Luthfi Irsyad. Cumanya, kadang-kadang dia jadi hilang sabar dengan kerenah bekas isteri Luthfi. 
“I cuma nak you tahu, sabar I ada hadnya. I takut kalau I tak dapat tanggung semua ni lagi.” - Amanda
“I boleh kehilangan Dayana... But not you. I can't imagine the pain of losing you. I boleh lepaskan Dayana... But not you. Not you, Amanda!” – Luthfi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...